Fida Dah Lali Sering Putus Cinta
Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang, Fida Ibrahim menyatakan dia sudah lali apabila sesuatu perhubungan cinta yang dijalinnya sering kali putus di tengah jalan.
Kalau disuluri kehidupan peribadi anak jati kelahiran Pahang ini, tentunya anda masih ingat kisah cintanya dengan pelawak Mamat Sepah dan pelakon berbadan comel, Zalif Sidek.
Mengulas mengenai perkara itu, Fida menjelaskan, “kalau orang yang mengikuti cerita peribadi saya sejak awal, mesti ada yang menganggap saya seorang yang tidak serius dalam hubungan cinta kerana sudah beberapa kali pasangan saya silih berganti. Padahal orang luar tidak tahu saya memang kurang bernasib baik apabila membabitkan soal cinta”.
“Keadaan ini bukan baru bagai saya sebab dari zaman sekolah lagi saya sudah alaminya. Memang dari dulu saya kurang bernasib baik dalam percintaan,” katanya yang dipetik menerusi laporan Harian Metro.
Berikutan perkara itu, kini dirinya hanya mampu menyerahkan jodoh kepada takdir dan mahukan seorang lelaki yang tidak main-main serta serius dalam perhubungan.
0 comments:
Post a Comment