Haliza Misbun Seronok Membujang
Lama juga kita tidak mendengar khabar dramatis popular sekitar 90-an yang seorang ini. Siapa yang boleh lupa pada Haliza Misbun, seorang pelakon wanita penuh attidude. Bertemu beliau baru-baru ini, kami sempat bertanyakan khabar dan perkembangan terkini dirinya.
Jelas Haliza, meskipun telah mencecah usia 40 tahun tetapi jiwa dan semangatnya tidak pernah tua. Malah pelakon yang pernah membintangi filem Andartu Terlampau ini sentiasa teruja, bersemangat dan lebih matang. Tiada rahsia awet muda, sebaliknya beliau mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu.
“Saya seronok dan sentiasa menikmati kehidupan solo saya. Saya sentiasa ada aktiviti yang saya nak buat. Saya dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga dan anak-anak buah. Say tak pernah rasa sunyi.
“Tak ada rahsia apa pun. Dari dulu lagi saya memang amalkan berjongging”, katanya yang kini nampak lebih langsing.
Meskipun belum berumah tangga namun Haliza dia tidak pernah berasa sunyi. Sebaliknya wanita ini sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, katanya, beliau tidak menolak jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya.
Mengakui sebelum ini beliau memang cerewet dalam memilih pasangan kerana Haliza lebih tertarik dengan orang luar. Tetapi tapi sekarang kakak kepada pelakon Amanda Misbun ini tidak kisah lelaki berbangsa apa pun yang mendekatinya asalkan lelaki itu bukan suami orang.
“Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas dan yang boleh saya get along, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin. Tapi saya tak akan menerima lelaki itu kalau dia bersatus suami orang”, katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor dari Indonesia, Ari Wibowo.
Pekembangan lain, Haliza akan melancarkan novel pertama nukilannya bertajuk Cinta Rimau, selepas hari raya Aidilfitri nanti. Selain itu beliau akan menerbitkan sebuah program khas untuk wanita, Citra Wanita di saluran RTM.
“Dah lama tak berlakon. Jadi cara saya curahkan segala kreativiti saya adalah dengan menulis novel. Novel ni bukan tentang diri saya tapi ia sebuah novel fiksyen dan mistik”, terangnya.
0 comments:
Post a Comment