Norish Dah 5 Tahun Tak Beraya Dengan Anak-anak
Kepada sebuah akhbar, Norish Karman membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menyambut Hari Raya bersama anak-anak sejak berpisah dengan bekas suami pada 15 Julai 2008.
Sebaliknya, dia dengan rela hati membiarkan anak-anak menyambut lebaran bersama bapa mereka, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.
Menurut Norish, dia tidak pula berasa terkilan membuat keputusan itu kerana berasakan ia adil untuk bekas suaminya memandangkan selama ini anak-anak sentiasa berada di sisinya.
Bagaimanapun, tahun ini dia tidak keseorangan kerana anak bongsunya, Haq Lutfie Alexander yang kini berusia lebih setahun ada bersama.
Tentang sambutan raya kelak, Norish belum membuat keputusan sama ada bakal menyambutnya di Kuala Lumpur atau Singapura kerana segala-galanya bergantung pada kesihatan ibunya. Jika ibunya sihat mereka akan menyambutnya di Kuala Lumpur dan jika tidak, sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment