Elly Mazlein Nafi Sudah Putus Tunang
KUALA LUMPUR – Bermacam-macam cerita yang didengar mengenai Elly Mazlien. Ada kata pelakon cantik ini telah putus tunang dengan Azmi Hatta setelah lebih kurang dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu. Ada yang mengatakan kesibukan mereka di lokasi antara punca keretakan hubungan itu.
Ada juga yang meniupkan cerita mengatakan Elly Mazlien kuat cemburu dan membuatkan pengarah drama berusia 37 tahun itu tidak tahan dengan karenah tunangnya yang juga penyanyi itu. Ketiak ditemui, Elly Mazlein yang pernh popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu hanya memberikan jawapan sinis kepada andaian peminat mengenai statusnya kini.
Dia menyatakan bahawa hubungan mereka masih seperti biasa cuma dia masih belum menemukan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Elly Mazlien ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran album sempena Aidilfitri oleh KRU Music di Hotel Peninsula, Damansara baru-baru ini.
“Kepada yang membuat andaian dan lebih tahu mengenai hal peribadi saya sekarang, saya hanya boleh cakap kepada mereka adalah ‘anda boleh cuba lagi’. Apa sahaja hal peribadi saya kalau saya mahu kongsi, saya akan cerita. Tetapi kalau sekadar andaian dan bukan saya cakap sendiri, jawapannya adalah ‘anda boleh cuba lagi’.
“Hubungan saya dan dia(tunang) masih seperti biasa. Kami berdua sibuk mencari duit dan masing-masing memahami kerjaya masing-masing. Semasa masih kuat saya mahu cari rezeki untuk masa hadapan saya, begitu juga dengan dia.
“Semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Insyallah, jika sudah ada masa yang sesuai dan kami sudah bersedia, saya akan beritahu anda-anda semua yang berada disini (media) untuk datang ke hari bahagia saya nanti.
“Maaflah kepada mereka yang membuat andaian dan sekadar meneka status saya kerana jawapan saya adalah ‘anda boleh cuba lagi’,”ucap Elly dalam nada sinis dan berjenaka ketika ditanyakan mengenai statusnya dengan pengarah drama itu setelah bertunang pada Mei 2011. – Murai
0 comments:
Post a Comment