Friday, August 2, 2013

Fida Ibrahim Teruskan Pendirian Sertai AF

Fida Ibrahim Teruskan Pendirian Sertai AF


Fida Ibrahim Teruskan Pendirian Sertai AF


PENYANYI dan pelakon Rafidah Ibrahim tetap meneruskan hajat dan pendiriannya menyertai program realiti popular Akademi Fantasia 2013 walaupun penyertaannya itu mendapat kritikan sesetengah pihak.

“Inilah peluang untuk saya meneruskan karier nyanyian yang lebih baik untuk masa akan datang.

“Walaupun dah bergelar penyanyi, namun saya sebenarnya masih belum mahir dan kurang pengalaman,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sebelum ini tenaga pengajar AF, Cikgu Shafi mempertikaikan kemasukan Fida kerana dia dikatakan sudah mempunyai nama dalam bidang hiburan tanah air.

Mengulas mengenai komen Cikgu Shafi, Fida mengatakan, “apa saja komen diberikan Cikgu Shafi, saya anggap sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan dan tidak akan sesekali berundur setelah memutuskan menyertai program”.

Nama Fida dan seorang lagi pelakon, Arja Lee sudah disenarai pendek dan berkemungkinan besar mereka bakal menyertai program yang akan memulakan siaran bermula September ini.

Semoga maju jaya diucapkan buat Fida dan harapnya selepas menyertai AF, kerjayanya akan semakin berkembang mekar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails