Showing posts with label SuaraBerita. Show all posts
Showing posts with label SuaraBerita. Show all posts
Friday, October 28, 2011
Budak 8 Tahun Disuntik Botox Untuk Sertai Pertandingan Kecantikan
Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun.
Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di TV1
Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.
Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam....
Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam....
Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aidiladha disambut Ahad depan
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011," katanya.
YAHOOOO RAYA!!!!! jom cari lembu awal-awal..kambing ke..unta ke.. ;p
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011," katanya.
YAHOOOO RAYA!!!!! jom cari lembu awal-awal..kambing ke..unta ke.. ;p
Thursday, October 27, 2011
Pelajar berpeleseran awal pagi
Penduduk Taman Cahaya Masai di sini, kesal dengan gelagat pelajar institusi pengajian tinggi kerana suka berpeleseran hingga awal pagi, termasuk membawa teman berlainan jantina ke rumah masing-masing.
Sikap kumpulan pelajar terbabit yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga tata susila hidup di situ, menyebabkan taman perumahan itu turut mendapat jolokan sebagai Taman Cahaya Maksiat.
Suri rumah, Azizah Hamzah, 42, berkata tindakan pelajar melakukan maksiat dan mengamalkan gaya hidup sosial melampau atau sesuatu yang tidak baik.
“Kebanyakan mereka menyewa sekitar taman perumahan ini kerana pusat pengajian mereka berdepan masalah kekurangan asrama. Namun, apabila duduk di rumah sewa di sini, masing-masing tidak menjaga adab dan tatasusila.
“Berdasarkan etika pakaian setiap kali hendak keluar belajar di kampus, masing-masing kelihatan berpakaian kemas termasuk bertudung bagi yang perempuan.
“Malangnya, apabila sampai di kawasan rumah masing-masing, yang perempuan hanya bersinglet dan berseluar pendek di luar rumah. Setiap hari, pasti ada lelaki yang datang bertandang di rumah terbabit," katanya.
Azizah berkata, ada di kalangan pemilik rumah sewa yang prihatin, melakukan pemeriksaan mengejut terhadap kediaman terbabit dan terserempak dengan pelajar perempuan yang membawa teman lelaki masuk rumah.
Penduduk, Melati Rosli, 42, menyifatkan kumpulan pelajar terbabit sebagai sudah melampau batasan apabila tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan perumahan itu yang turut didiami golongan berkeluarga.
Wednesday, October 26, 2011
Kerana Dadah, Lindsay Lohan Diambang Kehancuran
Lindsay Lohan Menghancurkan Karier Sendiri?
Kebanyakan orang mengenali Lindsay Lohan sebagai pelakon kanak-kanak satu ketika dulu. suarapeople mula mengenali Lindsay melalui filem Parent Trap (1996). Sekitar awal 2000′an, nama Lindsay melonjak naik kerana lakonannya dalam beberapa filem sebagai gadis remaja, terutamanya filem Mean Girls (2004).Memang minat jugak la dia ni..sebab cute dulu! tapi sekarang ?
Tapi nampaknya zaman itu sudah berlalu. Kalau dulu Lindsay difoto oleh paparazzi kerana kecantikannya, kini dia difotokan kerana perubahan pada fizikalnya serta kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkannya. Bapa Lindsay sendiri mendakwa Lindsay ialah seorang penagih ganja dan ‘meth’.
Monday, October 24, 2011
Marco Simoncelli Meninggal Di Sepang
video pelanggaran ngeri pelumba MotoGP Honda Marco Simoncelli di litar Sepang yang kemudianya meninggal dunia di bilik kecemasan litar Sepang.
Saturday, October 22, 2011
Keputusan sesi kelayakan MotoGP Malaysia 2011
Berikut adalah keputusan sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang di sini hari ini:
Ajal makan malam terakhir
Tiga sekeluarga yang sedang menikmati makan malam mati dibunuh sekumpulan tiga penjenayah yang menceroboh rumah mereka di Engkilo, Jalan Chew Khun, di sini malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7 malam itu turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga berkenaan parah ditikam di perut.
Tiong Tang Ming, 69, bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu, Teu Lee Mee, 32, mati serta-merta, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, kini dirawat di Hospital Sibu (HS). Mayat tiga mangsa berkenaan turut ditempatkan di rumah mayat HS.
Tiga perompak berusia antara 30 hingga 40 tahun terbabit dikatakan muncul tiba-tiba di rumah keluarga berkenaan yang terletak dalam kawasan kebun dan kemudian berpura-pura meminta kerja tetapi tidak dihiraukan.
Friday, October 21, 2011
Samun rokok di kawasan masjid
Sekumpulan lapan penjenayah menyamun dua pemandu van sebuah syarikat rokok dengan melarikan beratus karton rokok, wang dan jam tangan bernilai hampir RM82,000 kelmarin.
Kejadian pukul 1.50 petang di Kampung Pulau Panjang,besut,terengganu dekat sini itu berlaku ketika Azmi Mat Ali, 43, dan Othman Mamat, 44, masing-masing memandu sebuah van, sedang berhenti di kawasan masjid tersebut untuk melepaskan lelah dan menunaikan solat Zuhur.
Suspek menghentak kepala salah seorang mangsa ke stereng sebelum mengikat tangan dan menutup matanya untuk melarikan kesemua barang berharga itu.
Difahamkan, ketika itu, Othman membawa 233 karton rokok bernilai RM23,715 manakala Azmi pula membawa 250 karton bernilai RM27,810. Selain rokok, wang RM17,000 milik syarikat dan jam tangan jenama Rado milik Othman bernilai RM5,000 juga dilarikan.
Mengimbau semula kejadian itu, Othman memberitahu, sebaik tiba, dia didatangi seorang lelaki yang terus menghentak kepalanya ke stereng.
Ceritanya, suspek kemudian telah memegang kepalanya dan mengarahkannya menyerahkan kesemua wang yang dibawa.
“Tidak lama kemudian, tujuh lagi rakannya yang menaiki dua buah kereta tiba lalu mengikat tangan dan menutup mata saya. Azmi yang berada tidak jauh juga menerima nasib serupa,” katanya
Derita buah zakar terlampau besar
Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.
Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.
Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.
Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.
“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.
“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.
“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.
Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau.
UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.
Perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.
Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.
Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".
Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.
Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.
Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".
Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Thursday, October 20, 2011
Laut Tenang Terima Abu Al-Quran
Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.
Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.
Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Labels:
abu al-quran,
al-quran di bakar,
laut tenang,
SuaraBerita
Drebar Teksi Jadi Mumia
Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.
Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama.
Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu.
Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.
Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: “Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. “Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis,” katanya.
Tuesday, October 18, 2011
Satu Platun Askar Korea Masuk Islam
Komandan & 37 askar masuk Islam:
Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.
Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:
“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.
Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!
Lelaki tidur berteman mayat rakan
GERIK: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.
Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.
Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.
Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian
Hampir Tergoda - Perangkap SMS pelacur
Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baharu bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang.
Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.
Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah “Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji.”
Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.
“SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa,” ceritanya.
Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:
Kelainan Raja Lawak 6
SEMENJAK diperkenalkan kira-kira empat tahun yang lalu, program Raja Lawak Astro ternyata telah melahirkan begitu ramai pelawak-pelawak yang mewarnai dunia seni tanah air.
Nama-nama seperti Yusry Edoo, Ahmad Nabil Ahmad, Kumpulan Sepah, Kumpulan Kecik dan Abd. Rahman Kassim atau Man adalah antara peserta yang pernah muncul juara sepanjang lima musim rancangan berkenaan disiarkan di saluran Astro Prima.
Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan rancangan yang mencungkil bakat-bakat pelawak pelapis tempatan, maka pihak Astro telah mengumumkan untuk menghasilkan program Raja Lawak untuk musim yang ke-6.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, untuk musim yang terkini ini terdapat beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak Astro.
“Jika sebelum ini rancangan Raja Lawak disiarkan di saluran Astro Prima, tetapi bermula pada musim yang ke-6 rancangan ini akan disiarkan pula di saluran Astro Warna.
“Tujuan peralihan saluran tayangan dibuat adalah berdasarkan kepada saluran Astro Warna sebagai sebuah saluran komedi dan objektif kami untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada pelanggan,” ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.
Menurut Khairul, selain pertukaran saluran tayangan, pihak Astro turut membuat beberapa perubahan dari segi konsep dan format rancangan tersebut yang dilihat berbeza dengan musim-musim yang lalu.
Ujarnya, bagi musim yang terbaharu ini antara pendekatan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan Cif Kecik dan Cif Besar bagi membimbing para peserta yang akan bersaing nanti.
“Kesemua peserta yang terpilih nanti akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Selepas itu setiap kumpulan akan memiliki seorang Cif Kecik yang terdiri daripada pelawak tanah air.
“Tanggungjawab Cif Kecik ini pula adalah sebagai penasihat untuk peserta di bawah bimbingan mereka sebelum mereka membuat persembahan mingguan. Pada masa yang sama, ketiga-tiga Cif Kecik dan para peserta akan dipantau pula oleh seorang Cif Besar,” jelasnya.
Menurutnya lagi, antara matlamat utama kepada pengenalan Cif Kecik dan Cif Besar ini supaya rancangan berkenaan dapat melahirkan pelawak yang memiliki bakat, lontaran idea serta pemikiran terbuka agar lawak yang dipersembahkan nanti memberi impak kepada penonton.
Monday, October 17, 2011
Bayi keliru mana satu iPad, majalah
BAYI perempuan ini keliru apabila majalah yang diberikan tidak berfungsi sama seperti iPad milik ibunya. - YouTube
Benarkah pengasas bersama firma elektronik Apple Corp, mendiang Steve Jobs telah menunjukkan hala tuju masa depan manusia?
Sebuah akhbar di Britain melaporkan itulah yang kelihatan berlaku kepada seorang bayi perempuan.
Baru berusia setahun, bayi itu sudah pandai mengetik skrin komputer iPad milik ibunya tetapi apabila sebuah majalah diletakkan di hadapannya, dia menjadi keliru.
Anak kecil tersebut tidak faham mengapa gambar dalam majalah tidak bergerak seperti imej di skrin iPad apabila ditekan.
Telatah lucunya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube selepas ibunya menghantar rakaman klip video berkenaan yang disiarkan baru-baru ini.
Jom Lihat Video Tersebut!!!
Sunday, October 16, 2011
Shah Rukh Khan Duta Kebersihan
Pelakon tersohor filem Hindi, Shah Rukh Khan, dinamakan Duta Muhibah Untuk Sanitasi dan Kebersihan dalam satu upacara pembukaan Forum Sanitasi dan Kebersihan Global Majlis Kerjasama Bekalan Air dan Sanitasi (WSSCC) di hab kewangan India itu.
Ketika membuat pengumuman itu baru-baru ini, penganjur forum global pertama sanitasi yang menarik lebih 300 peserta dari seluruh dunia, berkata Shah
Rukh Khan bersetuju dengan sukarela menyertai satu kempen bagi memastikan sebahagian besar kawasan di dunia dan penduduk India yang tidak mempunyai capaian memperbaiki sistem tandas mendapat kemudahan itu. Mengulas peranan barunya, pelakon Bollywood itu berkata, “Agak memalukan dan tragik setiap 30 saat seorang kanak-kanak maut akibat cirit-birit yang boleh dicegah, iaitu dua kematian kanak-kanak tidak sepatutnya setiap minit. Tandas untuk semua akan menjadikan India dan dunia sebuah tempat lebih sihat dan bersih, terutama kepada wanita miskin, gadis dan yang lain dalam lingkungan masyarakat.”
Ketika membuat pengumuman itu baru-baru ini, penganjur forum global pertama sanitasi yang menarik lebih 300 peserta dari seluruh dunia, berkata Shah
Rukh Khan bersetuju dengan sukarela menyertai satu kempen bagi memastikan sebahagian besar kawasan di dunia dan penduduk India yang tidak mempunyai capaian memperbaiki sistem tandas mendapat kemudahan itu. Mengulas peranan barunya, pelakon Bollywood itu berkata, “Agak memalukan dan tragik setiap 30 saat seorang kanak-kanak maut akibat cirit-birit yang boleh dicegah, iaitu dua kematian kanak-kanak tidak sepatutnya setiap minit. Tandas untuk semua akan menjadikan India dan dunia sebuah tempat lebih sihat dan bersih, terutama kepada wanita miskin, gadis dan yang lain dalam lingkungan masyarakat.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
