Showing posts with label artis nikah. Show all posts
Showing posts with label artis nikah. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Hattan Selamat Diijabkabulkan


Enam tahun menduda, akhirnya Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah selamat diijabkabulkan dengan pasanganya Jumaat lalu.

Dah tarikh cantik, 11.11.2011 sebagai hari bahagia mereka, majlis nikah tersebut diadakan secara tertutup namun meriah dengan kehadiran hampir 100 orang keluarga terdekat dan teman rapat kedua pengantin baru ini termasuklah anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13.

Dengan hanya sekali lafaz, Hattan , selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Sah bergelar suami, Hattan mengucap syukur kerana dapat disatukan dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya setelah sekian lama hidup ‘solo’.

Meskipun gembira dengan kehadiran suri baru dalam hidupnya, Hattan nyata tidak terburu-buru dan masih belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang dikatakan berusia awal 30-an itu kepada umum.

Suarapeople mengucapkan tahniah buat abang Hattan! Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Begitu juga dengan Dira Abu Zahar dan Lan A to Z bersama pasangan masing-masing yang turut mengabadikan tarikh 11.11.11 sebagai momen bahagia mereka.

Siapakah gerangan isteri Hattan masih menjadi tanda tanya, namun suarapeople kreditkan ke ohbulan!

 


Saturday, January 15, 2011

Gambar Majlis Pernikahan Rebecca Nur Islam & Azam Sulaiman


Salam,semalam 14 Januari 2011 Rebecca Nur Islam akan bernikah dengan Nor Azam Datuk Sulaiman, seorang peguam berstatus duda dan mempunyai dua orang anak.

lebih kurang pada pukul 9.40 malam, Rebecca Nur Islam telahpun sah menjadi isteri kepada Nor Azam Datuk Sulaiman dengan hanya sekali lafaz.
Jom Tengok Gambar Nikah Rebecca Nur Islam
Related Posts with Thumbnails