Gol jaringan Didier Drogba pada babak kedua memberikan Chelsea kemenangan tipis 1-0 menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Gol hasil dari tendangan percuma Drogba pada minit ke-79 itu yang singgah di tiang gol sebelum terkena badan penjaga gol gantian pasukan kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi di lihat agak kontroversi kerana beberapa ulang tayang menunjukkan bola tidak melepasi garisan.
Namun penjaga garisan, M. Sivanesan mengisyaratkan bola tersebut sudah melintas garisan.
Chelsea yang menurunkan hampir kesemua bintang mereka menguasai permainan namun hanya berjaya menang tipis.
Mereka memulakan gerakan seawal minit kedua apabila penyerang merbahaya, Fernando Torres melakukan rembatan kencang namun berjaya diselamatkan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.
Chelsea mengasak kubu Malaysia dengan gerakan pemain, Yossi Benayoun pada minit ke-13 menghantar bola kepada Salomon Kalou, yang gagal merembat tepat ke pintu gol.
Malaysia sekali lagi cemas pada minit ke-17 apabila salah faham berlaku di antara kapten, Norhafiz Zamani Misbah dan S. Subramaniam mengakibatkan bola terlepas ke kaki Frank Lampard namun percubaannya tersasar.min 17- lampard mensia-siakan peluang di depan gol dengan keadaan tidak dikawal. kesilapan Norhafiz zamani misbah dan S. Subramaniam.
Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula,
Showing posts with label jaringan drogba. Show all posts
Showing posts with label jaringan drogba. Show all posts
Friday, July 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
