Saturday, June 1, 2013

Linda: Beego Bukan Lelaki Jahat

Linda: Beego Bukan Lelaki Jahat


Linda: Beego Bukan Lelaki Jahat


Walaupun sedang sibuk menghitung hari untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka tercinta, namun Linda Hashim, 28, masih berasa sedikit kesal dan terkilan dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan Beego seorang lelaki yang jahat.

Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, sebelum ini pernah ditangkap khalwat dan kesnya masih dalam perbicaraan.

Mengulas mengenai perkara itu, Linda berkata, “bila orang ramai membaca ceritanya ditangkap khalwat, orang fikir dia jahat. Tanpa mengetahui cerita sebenar, orang sudah menghukum dirinya. Saya, peguam, keluarga dan kawan-kawannya tahu cerita sebenarnya, malah saya tidak pernah terfikir dia lelaki jahat.

“Saya mendoakan agar dia menang dalam kes ini dan orang ramai akan tahu kebenarannya. Memang nasibnya memang begitu. Kita tidak pernah merancang perkara ini terjadi, namun saya tetap terima segala ujian yang menimpa.

“Beego lelaki yang jujur dan ikhlas, bahkan dia bijak mengambil hati saya dan keluarga,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 8 Jun depan dan berkemungkinan bakal mengerjakan umrah bersama-sama selepas Aidilfitri nanti.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik sahaja buat pasangan ini dan semoga ikatan yang bakal dibina kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Gambar Elyana Dan Suami Tunai Umrah

6


Gambar Elyana Dan Suami Tunai Umrah


Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Niat pada awal kemunculannya di persada seni iaitu Elyana.

Terbaru, kemunculannya boleh dilihat menerusi siri terbaru Tanah Kubur arahan Rashid Sibir.

Baru-baru ini Elyana dan suaminya, Khairul Anuar Hussin telah selamat mengerjakan umrah bersama-sama bermula 10 Mei lalu dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan Ibtisam Travel & Tours.

Penyanyi yang juga ibu kepada Cinta Sumayyah, 2, ini sempat berkongsi gambar-gambar menariknya sepanjang berada di sana.

2


3


4


5


6

Linda Lakukan Solat Sunat Sebelum Kahwin

Linda Hashim Lakukan Solat Sunat Sebelum Kahwin


Linda Lakukan Solat Sunat Sebelum Kahwin


PETALING JAYA – Aktres Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya dengan pelakon Beego yang dijadualkan pada 7 Jun depan.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia mendoakan agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan.

“Sebagai persiapan diri, saya banyak buat solat sunat taubat dan hajat. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kalau boleh perkara baik ini Allah akan memudahkannya ,” kata Linda kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Majlis akad nikah Linda dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak.

Manakala majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 8 malam.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Dalam pada itu Linda berkata, dia banyak menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut.

“Saya takut kalau demam atau sakit pada hari itu nanti, jadi saya jaga pemakanan dan ambil vitamin tambahan untuk tambah tenaga.

“Selain itu, saya juga lebih berhati-hati kerana orang tua-tua kata nak jadi pengantin baru, ‘darah manis’ tapi terpaksa jugalah keluar buat apa yang patut,” ujarnya.

Tambah Linda, penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu. – mStar

Awal Hadiahkan Scha Vespa Pink

Awal Hadiahkan Scha Vespa Pink


Awal Hadiahkan Scha Vespa Pink


Semalam bersempena ulangtahun kelahiran ke 30 isterinya, Awal Ashaari telah menghadiahkan Scha Al-Yahya sebuah vespa berwarna pink cerah dengan nombor platnya seakan-akan nama aktres cantik itu.

Selain itu, Awal turut mengambil inisiatif menghias sendiri kek seperti yang diidamkan Scha yang menginginkan kek disaluti coklat KitKat dan coklat M&M.

Wah, penyayang dan romantik sungguh Awal ni ya!

Mesti ramai wanita di luar sana yang cemburu dengan layanan Awal terhadap Scha kan.

Apa-apa pun selamat hari lahir buat Scha dan semoga kebahagiaan pasangan suami isteri ini akan kekal sehingga akhir hayat hendaknya.

22


Project cake Schayaya pt6.

May 30, 2013| Source: Keek.com

Stacy Terkilan Fesyen Rambut Ala Rihanna Dikatakan Fesyen Rambut TERBAKAR!

Bila Fesyen Rambut Baru Stacy Dikatakan Terbakar


Stacy Terkilan Fesyen Rambut Ala Rihanna Dikatakan Fesyen Rambut TERBAKAR!


KUALA LUMPUR – Sejak tampil dengan fesyen rambut terbaru ala-ala superstar antarabangsa, Rihanna, pelbagai maklum balas telah diterima oleh penyanyi lincah, Stacy terutama ketika pulang ke kampung halamannya di Kota Kinabalu (KK), Sabah baru-baru ini.

Stacy yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi berkata, dia bagaimanapun agak terkilan apabila ada peminatnya di KK termasuk ahli keluarga terdekat yang kurang senang dengan gaya rambut ala punk terbarunya itu.

“Entahlah, kebanyakan orang di sini (KK) nampaknya kurang suka dengan gaya rambut terbaru saya ini. Ada yang kata rambut saya nampak macam terbakarlah dan bermacam-macam lagi.

“Tapi saya faham. Saya terima maklum balas mereka dengan hati terbuka. Jadi bila ada yang menegur gaya rambut saya ini, dengan mudah saya akan mengatakan yang saya telah terpotong dengan tidak sengaja,” katanya sambil ketawa kecil.

Sudah berada di kampung halamannya sejak lima hari lalu, jelas Stacy gaya rambut terbarunya itu telah dipotong di salon A Cut Above, Sunway Pyramid berhampiran dengan kediamannya pada April lalu.

Katanya, pemilihan gaya rambut berkenaan di buat selepas melihat kehebatan Rihanna beraksi dan juga foto daripada beberapa individu bukan selebriti antarabangsa yang turut menggayakan fesyen rambut serupa.

Meskipun gaya rambut punk berkenaan agak luar biasa, namun menurut Stacy dia tidak mengalami sebarang masalah untuk menggayakannya dengan apa juga pakaian dan juga acara.

“Saya sangat selesa dengan gaya rambut seperti ini. Meskipun ada yang kata tidak cantik, tapi saya tak kisah asalkan saya selesa dengannya.

“Saya bukannya seorang yang suka mengikut peredaran zaman, tetapi saya suka mencuba sesuatu yang baru dan berani dalam berfesyen terutama sekali apabila menyentuh soal rambut.

“Malah ketika membuat persembahan rakaman hari raya untuk stesen TV RTM, pihak stesen TV berkenaan sangat suka dengan fesyen rambut saya ini dan ramai teman-teman di dalam industri yang suka dengan gaya ini.

“Saya rasa ok saja bila menggayakan baju kurung mahupun gaun malam, walaupun dengan rambut baru saya ini” katanya.

Tambah Stacy, dia sedar impak yang diberikan kepada fesyen rambut terbarunya itu banyak dibantu oleh fizikalnya yang semakin kurus sekarang ini.

“Rasanya jika ketika saya gemuk dulu saya buat rambut seperti ini, pasti nampak buruk. Tetapi sekarang kerana sering bermain badminton bersama abang di gelanggang badminton di sebelah rumah saya, berat badan saya semakin berkurangan.

“Kalau dulu berat badan saya 54 kilogram, tetapi sekarang sudah 47 kilogram dan kerana berat badan ini jugalah saya nampak sesuai dan selesa dengan rambut terbaru ini,” katanya. – Murai.com.my
Related Posts with Thumbnails