Friday, January 28, 2011

Aku Ada Impian - Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa yakin serta percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Wan berdiri dan berkata, "Nama saya Wan Afifi bin seman. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

jawab cikgu : "Bagus Wan. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,



"Nama saya balqis binti bakar. Kalau besar nanti, balqis nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

jawab cikgu : "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

sadiy berdiri dan berkata, "Saya Sadiy bin Tapai, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Balqis mencapai cita-citanya...insyallah semuanya comel2".

cikgu : terkejut dengan kata-kata anak muridnya itu..terus terdiam dan terus ke sini.



suarapeople : sadiy,sadiy,kecik2 dah gatal eh!

4 comments:

apaajanews said... [Reply to comment]

nak tergelakpun ada bila baca jawapan sadiy, teringat zaman di sekolah rendah...cuma tak ada jodoh kot...sedih sedih

cik hellies said... [Reply to comment]

hahhahaa...kecik2 lg da pandai kenen2 jodoh sendiri..

suarakomputer said... [Reply to comment]

Lawak terbaik !!!!

suarapeople said... [Reply to comment]

@apaajanews, jangan sedih3 ;p

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails