Pelakon Azizah Mahzan bertekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti.
Menurut Azizah, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.
“Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.
“Tapi kali ini saya tekad untuk
tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini.
Tambah Azizah, dia kecewa apabila skrip tersebut bukan sahaja tidak berkualiti tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang telah memperlihatkannya sebagai pelakon tidak profesional.
Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima mana-mana tawaran selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.
“Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.
“Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.
suarapeople : elok-elok la ko berhenti..dulu suka pakai seksi2 kan. =.=
Tuesday, February 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment