Showing posts with label SuaraSensasi. Show all posts
Showing posts with label SuaraSensasi. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita

Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita




Pakaian ‘Bohemian’ yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.

KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.

Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.

Kebanyakkan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.

Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.

“Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.

“Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),

“Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini” ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.


Lagi Gambar dan Ulasan.


Thursday, August 4, 2011

Khairul Fahmi Nekad Putuskan Tali Pertunangan Dengan Elia


Khairul Fahmi nekad untuk memutuskan pertunangan dengan Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi.

Menurut Khairul Fahmi, keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang dibina pada 17 Mei 2011 itu dibuat selepas berbincang dengan keluarganya. Malah Khairul Fahmi juga sudah memaklumkan hasratnya itu kepada Elia dan akan mengembalikan cincin pertunangan dalam masa terdekat ini.
Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu.

Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga.

Nampaknya, sudah bukan jodoh Khairul Fahmi dan Elia untuk disatukan sebagai suami isteri. Suarapeople harap, Khairul Fahmi, Elia dan ahli keluarga sabar serta redha menghadapi situasi ini.Khairul Fahmi semoga anda bertambah cemerlang =) heeeeee

Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Putus Tunang – Penjelasan Kemelut yang Melanda

Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.

Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Berikut merupakan penjelasan Apek dipetik dari HMetro mengenai isu yang heboh disebarkan melalui internet dan keputusan memutuskan pertunangan.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail @ Pak Uda - Meninggal Dunia,Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda diatas pemergiannya pagi tadi... Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.... Al-Fatihah.....




Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.


Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.


Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...

Monday, May 30, 2011

Salma Juara Mentor 5 - Keputusan Final Mentor 5


 

Tahniah suarapeople ucapkan kepada Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5. Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh Salma ternyata jauh meninggalkan Shiha dan Iqa. Walaupun mendapat rendah daripada juri awam, juri profesional dan juri SMS tidak buta dalam menilai keupayaan Salma.

Tahniah sekali lagi kepada Salma dan kepada Erra Fazira.

Thursday, April 21, 2011

Gambar Que Haidar & Linda Jasmine Keluar Berparti


salam,aduh apa nak jadi dengan artis sekarang ni?adakah botol-botol arak tu milik diaorang? ermm apa pun suarapeople tak tahu la kan..semua pic ni kreadit to beautifulnara :)


Jom tengok lagi gambar que haidar dan linda jasmine berparti & gembira !

Monday, April 4, 2011

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH)

Jom kita lihat keputusan penuh anugerah bintang popular berita harian 2010 ( ABPBH 2010)

BINTANG PALING POPULAR!! 2010
JATUH KEPADA

SHAHEIZY SAM (126,168 UNDIAN)

 

1. Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

2. Pengacara TV Wanita Popular

Farah Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular

Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular

Farah Fauzana


5. Artis Komedi Lelaki Popular

Zizan

6. Artis Komedi Wanita Popular
Norkhiriah

7.Artis Baru Lelaki Popular

Shahir

8. Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali

9.Kumpulan Nasyid Popular
Rabbani

10. Duo & Berkumpulan Popular
Sixth Sense

11.Penyanyi Lelaki Popular

Faizal Tahir

12. Penyanyi Wanita Popular
Yuna

13.Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

14. Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani

15.Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak

16. Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

 

 

Tahniah kepada semua pemenang! kita bakor je!!!!

Tuesday, March 29, 2011

AF9 - Senarai 12 Pelajar Akademik Fantasia Musim Ke 9

Akademik Fantasia Musim Ke 9 Bakal bermula!!!!!!!! Dengan kemunculan AF9 ni astro telah memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru.

Gambar Pelajar Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke 9 Bersama Tenaga Pelajar


tak sabar untuk menanti akademik fantasia musim ke 9 ini yang mungkin dijanji kan dengan kelainan daripada musim musim yang lepas! sejauh mana kemampuan af9 musim ini? Mari kita lihat senarai 12 pelajar akademik fantasia musim ke 9 bersama tenaga pengajarnya


Monday, March 28, 2011

Saya ikhlas berubah - Lagi Gambar Irma Hasmie Bertudung


Gambar Irma hasmie bersama wardina :)


Alhamdullilah,suarapeople berdoa agar perubahan ini memberi cukup makna buat irma hasmie.


moga-moga membuat perubahan  yang istiqamah


 


suarapeople : ada pula yang mengatakan,jika ikhlas nak berubah tak perlu bising2 heboh2 ?

Thursday, March 17, 2011

Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin


Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.

Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.

Saturday, March 12, 2011

(Gambar) AMARAN TSUNAMI - TSUNAMI MELANDA JEPUN - GEMPA BUMI BERUKURAN 8.8 KE 8.9 MAGNITUD

Terbaca berita Amaran Tsunami telah dikeluarkan bila JEPUN digegarkan oleh gempa bumi yang berukuran antara 8.8 ke 8.9 ritcher dan ini dilaporkan merupakan gempa bumi yang paling teruk dalam tempoh 140 tahun. Setakat ini yang suarapeople tahu ramai orang telah terbunuh dan dijangka terus meningkat. Mungkin gambar-gambar ini boleh menceritakan betapa hebatnya Tsunami Di Jepun Ini.Jauhkan Malaysia dari bencana ini..

 



 

terkenang kisah ACHEH dilanda TSUNAMI. Kali ini TSUNAMI yang dianggarkan setinggi 10 meter telah menghancurkan  rumah,kereta dan ada sesetengah bangunan  terbakar. Mungkin TSUNAMI ini akan sampai ke MALAYSIA? Sama-sama kita doakan dan berharap agar kita dilindungi dan dijauhi dari sebarang bencana sebegini.

Tuesday, March 8, 2011

Benjy sahkan cerai,rujuk 13 jam kemudian


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ada melafazkan talak terhadap isterinya sebelum rujuk kembali 13 jam kemudian.

Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu dan pada Isnin, Benjy dan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan untuk mengesahkan lafaz talak dan rujuk itu.

Permohonan untuk mengesahkan kedua-dua lafaz tersebut difailkan oleh Safiya, 28, pada 7 Februari lalu dan ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.

Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “I’m rujuk-ing”.

Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.

Monday, February 28, 2011

Maharaja Lawak tawar hadiah RM600,000 - Raja Segala Raja Lawak -Lawak


 


Program pencarian pelawak terbaik, Maharaja Lawak (MRL) yang akan memulakan siaran setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) mulai 1 April ini menawarkan hadiah wang tunai RM600,000 kepada pemenang.

Hadiah itu merupakan yang tertinggi dipertaruhkan berbanding dengan program Raja Lawak Astro (RLA) yang secara keseluruhan, menawarkan hadiah berjumlah RM180,000 kepada pemenang.

Daripada jumlah RM180,000, juara menerima wang tunai RM100,000, naib johan (RM50,000) dan tempat ketiga berjumlah RM30,000 serta hadiah-hadiah iringan lain.

MRL yang akan dikemudikan oleh pelakon merangkap pengacara, AC Mizal itu menghimpunkan para peserta terdiri daripada bekas juara dan finalis program RLA dari musim pertama sehingga ke musim ke lima.

Bagaimanapun, RL musim kelima masih belum diputuskan siapakah peserta yang akan bergelar juara kerana Gelanggang Raja Lawak akhir itu akan diadakan bulan depan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, juara MRL bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000.

“Bagi naib juara pula, pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 dan pemenang tempat ketiga, RM100,000,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran MRL di Bora Asmara.

Beliau berkata, antara peserta yang bakal bertanding bagi merebut hadiah lumayan itu ialah Kumpulan Yus dan Tauke.

Katanya, Kumpulan Johan dan Zizan daripada musim pertama, Nabil dan Kumpulan XN3 (musim kedua) dan Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir (musim ketiga) juga akan berentap mencuba nasib di MRL.

Selain itu, katanya, Kumpulan Kecik dan Idlan serta Alex dari musim keempat serta juara dan finalis RL musim kelima yang sedang bertanding sekarang, akan turut serta dalam MRL.

Sunday, February 27, 2011

7000 Orang Banjiri Konsert Maher Zain


 

Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagi menyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, Maher Zain, di sini, Jumaat.

Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 ini diadakan selama dua hari iaitu 25 dan 26 Februari khusus bagi peminat-peminatnya di Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Insha Allah ini dibawa oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menyaksikan gabungan antara Maher dengan 10 pemuzik profesional bertaraf antarabangsa.

Konsert dibuka dengan persembahan penyanyi nasyid terkenal Malaysia,Inteam, penyanyi nasyid Canada, Irfan Makki dan Mesut Kurtis dari Macedonia.

Saturday, February 26, 2011

Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal - Daphne Iking Berkahwin


Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.

Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.

Tuesday, February 22, 2011

Macam Diperbodohkan Je, Azizah Mahzan Berhenti Berlakon

Pelakon Azizah Mahzan bertekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti.



Menurut Azizah, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

“Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.

“Tapi kali ini saya tekad untuk

Thursday, February 17, 2011

Anak Rohana Jalil Jelas Hubungan Cinta Yusry (KRU)


Pelakon baru Syakila Nisha Jahangir Khan,19, atau Kyla Fairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil menjelaskan hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Dia turut menganggap gosip bercinta dengan pengarah muda Yusry Abdul Halim sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja.

Monday, February 14, 2011

Gambar Pertunangan Ally Iskandar Dan Aishah Zainal - Merah ohh Merah!


Aw!!! Merahnya! tertarik plak tengok gambar majlis pertunangan Ally Iskandar Dan Aishah Zainal ni.


Hot-Hot-Hot....jadi bertambah hot sebab warna pun dah merah!


Tahniah suarapeople ucapkan kepada Ally kerana bakal mendapat seorang isteri yang cun dan cute!.


Jom Tengok Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Ally Iskandar . Kredit gambar kepada OhBulan


Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas

Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.

Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.

Saturday, February 12, 2011

Mesir : Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan


Penunjuk Perasaan Anti-Kerajaan Mesir


Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.

"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk

Related Posts with Thumbnails