Thursday, October 13, 2011

iPhone 4S dijual 1j unit dalam 24 jam

Tempahan untuk iPhone terbaru iPhone 4S di Amerika Syarikat melebihi satu juta unit dalam tempoh 24 jam, mengatasi rekod jualan sehari iPhone 4 iaitu hanya 600,000 unit.

Ekoran itu, pelanggan yang telah menempah iPhone 4S berharga AS$200 (RM600) perlu menunggu lebih lama apabila ia mula dijual Jumaat ini kerana syarikat-syarikat telekomunikasi AS dilaporkan sudah habis menjual stok produk tersebut.

Sprint Nextel berkata, pihaknya telah menjual semua stok iPhone 4S versi itu dan ia tidak lagi menerima tempahan, namun ia masih menjual versi memori yang lebih tinggi dan lebih mahal.

Pesaingnya, AT&T dalam laman webnya semalam berkata, pelanggan yang menempah iPhone versi tersebut hanya akan menerima tempahan mereka dalam tempoh 21 hingga 28 hari.

Sebuah lagi syarikat telekomunikasi, Verizon dalam laman webnya berkata, pihaknya akan mula menghantar tempahan telefon bimbit itu pada 20 Oktober ini.

Berita itu membantu meningkatkan saham syarikat itu sebanyak lima peratus kepada AS$388.81 di pasaran saham Nasdaq.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails