Yana Samsudin
Pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami tekanan pada bahagian paru-parunya akibat kekurangan oksigen semasa mendaki Gunung Kinabalu, Sabah untuk penggambaran drama Hatiku Di Kinabalu.Katanya kejadian berkenaan berlaku mungkin disebabkan dia tidak membuat persediaan rapi untuk mendaki gunung tersebut.
"Semasa memulakan penggambaran saya tidak sempat untuk membuat persiapan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang masih belum selesai."Saya cuma sempat melakukan senaman ringan beberapa hari sebelum itu.
Akibatnya saya mengalami kekejangan pada paru-paru kerana kekurangan oksigen semasa mendaki," ujarnya.Bagaimanapun kata Yana, memikirkan krew penggambaran telah sedia menunggunya di puncak gunung dia menggagahkan diri untuk meneruskan perjalanan selepas diberi bantuan oksigen selepas keadaannya didapati selamat.
Tidak serik dengan kejadian berlaku, Yana memberitahu dia berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi jika berpeluang di masa hadapan."Pada awalnya selepas apa yang terjadi saya serik untuk mendaki gunung lagi tetapi selepas berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, perasaan untuk mendaki lagi semakin menebal," ujarnya.Drama bertajuk “Hatiku Di Kinabalu” itu kata Yana menjalani penggambaran selama 10 hari turut dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Irma Hasmie.
1 comments:
kesian awek aku ni.huhu :p
Post a Comment