Friday, November 11, 2011
Neelofa Nafi Kaki Gaduh Dan Ancaman
Selain daripada itu kehadiran Neelofa juga dikatakan sebagai satu ancaman kepada artis-artis yang lain. Sebab mungkin banyak tawaran yang diterima Neelofa agaknya menjadikan ramai segelintir artis tidak senang. Tapi biasalah, periuk lain, lauk lain-lain la. Tak perlu nak dengki-dengki, rezeki masing-masing. Yang penting Neelofa kini masih bersih lagi daripada gosip liar/panas.
Sunday, November 6, 2011
Jue Aziz belum berpunya - Miliki Cintanya Cepat !!!
Khabar angin kononnya dia sudah bernikah dengan lelaki dari Kelantan memanaskan kembali nama Jue Aziz yang kini semakin dilupakan. Bagaimanapun, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Aziz, 28, sudah membuat penafian berhemah.Tidak melatah apatah lagi memulangkan paku buah keras, pelakon drama bersiri Lagenda Budak Setan itu masih mampu tertawa ria.
Katanya, status solo masih kemas dalam lipatan dan status itu tidak mungkin terurai dalam tempoh terdekat memandangkan hatinya masih tidak terisi lelaki istimewa.“Saya juga masih solo. Masih belum berkahwin. Cerita itu mungkin berpunca kerana saya kerap ke Terengganu tidak lama dahulu.
Masyarakat sekitar yang tidak tahu perkara sebenar mudah untuk berfikir yang bukan-bukan,” sekali lagi si rambut panjang mengurai itu menepis berita palsu tentang dirinya.Tidak mengambil serius episod cerita rekaan berkenaan, aktres yang muncul dalam filem Hantu Bonceng itu juga baru mampu bernafas lega selepas drama bersiri terbaru lakonannya, Nilapura selesai menjalani penggambaran.
Saturday, October 22, 2011
[Gambar] Izara Aishah Yang Seksi, Pelakon Drama Soffia di TV3
Gadis bernama Izara Aishah sudah pasti menjadi sebutan dan bualan peminat drama di Malaysia khasnya ketika drama Soffia yang menghiburkan anda di TV3. Watak seorang anak yang garang dan sering membuatkan ibu tirinya (Tizz Zaqyah) terasa hati kerana tidak menerimanya, malahan sering menuduh beliau.
Mau lihat gambar seksi nya lagi? heee jom kita lihat! takde lah seksi sangat
Sunday, October 9, 2011
Yana Samsudin Alami Tekanan Paru-Paru Di Gunung Kinabalu
Yana Samsudin
Pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami tekanan pada bahagian paru-parunya akibat kekurangan oksigen semasa mendaki Gunung Kinabalu, Sabah untuk penggambaran drama Hatiku Di Kinabalu.Katanya kejadian berkenaan berlaku mungkin disebabkan dia tidak membuat persediaan rapi untuk mendaki gunung tersebut.
"Semasa memulakan penggambaran saya tidak sempat untuk membuat persiapan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang masih belum selesai."Saya cuma sempat melakukan senaman ringan beberapa hari sebelum itu.
Akibatnya saya mengalami kekejangan pada paru-paru kerana kekurangan oksigen semasa mendaki," ujarnya.Bagaimanapun kata Yana, memikirkan krew penggambaran telah sedia menunggunya di puncak gunung dia menggagahkan diri untuk meneruskan perjalanan selepas diberi bantuan oksigen selepas keadaannya didapati selamat.
Tidak serik dengan kejadian berlaku, Yana memberitahu dia berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi jika berpeluang di masa hadapan."Pada awalnya selepas apa yang terjadi saya serik untuk mendaki gunung lagi tetapi selepas berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, perasaan untuk mendaki lagi semakin menebal," ujarnya.Drama bertajuk “Hatiku Di Kinabalu” itu kata Yana menjalani penggambaran selama 10 hari turut dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Irma Hasmie.
Friday, October 7, 2011
Fida Putuskan Hubungan Cinta Dengan Mamat
Namun pagi ini, kenyataan dari pihak Fida yang di temubual menerusi telefon mengesahkan yang mereka berdua kini sudah tidak mempunyai hubungan apa apa dan Fida mahu teruskan hidup tanpa Mamat.
Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.
“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas difikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri disebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu diputuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”
Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
Tuesday, October 4, 2011
Najwa Latif Buang Ayah
Belum pun setahun menempa nama dalam arena muzik tempatan, Najwa Latif dihambat kontroversi apabila gadis berusia 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.
Bukan itu sahaja, malah penyanyi Cinta Muka Buku ini, dikatakan telah membuang ayah kandungannya dalam kehidupannya. Perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.
Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.
Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.
"Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.
"Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja," katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.
Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.
"Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.
Saturday, September 17, 2011
Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita
Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita
Pakaian ‘Bohemian’ yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.
Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.
Kebanyakkan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.
Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.
“Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.
“Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),
“Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini” ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.
Lagi Gambar dan Ulasan.
Thursday, September 1, 2011
Radhi OAG Beraya di rumah pengasih
Radhi yang memasuki pusat itu sejak 11 Januari lalu kini sedang menjalani proses pemulihan bagi membuang ketagihannya terhadap dadah yang diambil selama kira-kira 10 tahun selain mahu mendalami ilmu agama.
Menurut Radhi,
Thursday, April 21, 2011
Gambar Que Haidar & Linda Jasmine Keluar Berparti
salam,aduh apa nak jadi dengan artis sekarang ni?adakah botol-botol arak tu milik diaorang? ermm apa pun suarapeople tak tahu la kan..semua pic ni kreadit to beautifulnara :)
Jom tengok lagi gambar que haidar dan linda jasmine berparti & gembira !
Tuesday, March 8, 2011
Benjy sahkan cerai,rujuk 13 jam kemudian
Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ada melafazkan talak terhadap isterinya sebelum rujuk kembali 13 jam kemudian.
Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu dan pada Isnin, Benjy dan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan untuk mengesahkan lafaz talak dan rujuk itu.
Permohonan untuk mengesahkan kedua-dua lafaz tersebut difailkan oleh Safiya, 28, pada 7 Februari lalu dan ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.
Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “I’m rujuk-ing”.
Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.
Saturday, February 26, 2011
Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal - Daphne Iking Berkahwin
Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.
Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.
Thursday, February 10, 2011
Nabil (Raja Lawak)- Mabuk Dan Bercumbuan Dengan Seorang Gadis
Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 27, menjelaskan khabar angin kononnya dia pernah mabuk dan bercumbuan dengan seorang gadis di sebuah pub hotel terkemuka di ibu negara adalah tidak benar.
Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak.
Baru-baru ini, Nabil dikatakan hadir ke sebuah pub hotel bersama tiga rakannya. Difahamkan Nabil berkeadaan mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di mana dia sedang bercumbu dengan salah seorang rakannya itu di belakang tandas pub tersebut.
Selain itu,
Tuesday, January 25, 2011
'Jojo Struys' Bikin Program Televisyen Yuna
Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi
Pengacara terkenal Jojo Struys mula mengarah sebuah program televisyen melibatkan penyanyi tersohor, Yunalis Zarai atau Yuna.
Program berjudul Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi itu akan memuatkan lagu terbaru dan muzik video penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Gadis Semasa dan Cinta Sempurna itu.
Program televisyen juga akan menampilkan kerjasama Yuna dengan
Wednesday, January 19, 2011
Gambar Hot Kembar Juliana Evans - Irish Bella ?

wahh sama lahhh serius! banyak lagi gambar kembar Juliana Evans ! kalau dulu kecoh dengan gambar kembar diana danielle dan gambar kembar lisa surihani ( suarapeople xupdate pun entri dua orang tu xminat! ) tapi kali ni nak share gambar kembar juliana evans ni!! X- sam bunkface punye..hohoo
Lagi gambar kembar Juliana Evans
Thursday, November 4, 2010
FASHA SANDHA SEPARUH BOGEL @ HOLLOWEN PARTY

Saturday, October 30, 2010
Erra Fazira Dapat Beg LV Sempena Ulangtahun Perkahwinannya
Wednesday, October 27, 2010
Fouziah Gous takut untuk berkemban
Monday, October 25, 2010
Gambar Tomboy Diana Amir
Gambar Fazura Ketiak Basah dan Kaki Berkudis???
Kesian dengan Fazura, gara-gara gambar ketiak basah dan kaki yang berparut ni, habis Fazura kene lahar dekat dalam forum serta email-email berantai. Kepada kipas susah mati Fazura, pegi la backup dia ni. Yang ketiak basah tak berapa nak kesah sangat la, kaki tu kenapa tak pakai stokin ke? kasut jenis lain ke kasi tutup?
