Tuesday, November 8, 2011

Bieber, Lady Gaga Dominasi Anugerah MTV


Anugerah Muzik Eropah MTV menjadi satu sambutan perayaan buat penyanyi remaja, Justin Bieber dan ikon pop, Lady Gaga.

Lady Gaga menggondol empat anugerah berbanding tiga pada tahun lalu.

Dia yang berusia 25 tahun dan berasal dari New York memenangi anugerah penyanyi terbaik wanita, lagu terbaik dan video terbaik menerusi lagu Born This Way dan anugerah peminat teramai.

"Saya mengetahui, lagu itu amat istimewa apabila saya menulisnya dan saya tidak mengetahui bila pertama kali kali saya mula menulisnya," kata Lady Gaga yang sebak kepada penonton di Arena Odyssey di sini kelmarin.

"Ini merupakan sebuah lagu paling penting yang pernah saya tulis dan album single paling penting," tambahnya.

Bieber yang berusia 17 tahun menggondol anugerah persembahan penyanyi pop terbaik dan penyanyi lelaki paling utama.

Dia menjadi tumpuan selepas menafikan dakwaan seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) bahawa penyanyi tersebut bapa kepada seorang anak lelaki yang dilahirkannya pada Julai lalu.

Semasa di pentas Bieber berkata: "Anda semua menjadi punca saya kini berada di atas pentas.

"Terdapat banyak cakap-cakap merepek mengenai diri saya kebelakangan ini."

Anugerah itu juga dihiburkan dengan persembahan, Bieber, Lady Gaga, Bruno Mars, Coldplay dan Chris Martin.

Kekasih Bieber yang juga penyanyi, Selena Gomez menjadi hos anugerah itu.

Penyanyi rap AS, Eminem menggondol anugerah persembahan terbaik hip hop dan Linkin Park memperoleh anugerah band rock terbaik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails