Tuesday, November 8, 2011

Peminat Tak Sengaja Upload Foto Nabila Huda Berbikini


Sebagai selebriti terkenal tanah air, Nabila Huda terkena tempias kritikan apabila seorang peminat secara tak sengaja memuatnaik sekeping foto yang memaparkan pelakon berkenaan dalam persalinan bikini. Foto tersebut dipercayai dirakamkan oleh peminat berkenaan apabila dia terserempak dengan Nabila Huda ketika percutiannya di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lepas.

Bagaimanapun, foto berkenaan yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi telah disebarkan di laman sosial dan kini ia menjadi perbualan hangat di kalangan peminat industri hiburan yang mengenali Nabila Huda.

Walaupun Nabila Huda menggunakan kain skaf untuk melindungi bahagian terdedah, namun ia masih belum mampu menutup kritikan-kritikan pedas daripada orang ramai.

Beberapa hari lepas, aktres berumur 27 tahun ini telah dilemparkan dengan kontroversi hangat dimana 2 keping foto aksi liar yang disyaki melibatkan namanya dipaparkan dalam sebuah rancangan hiburan televisyen. Sehingga hari ini, Nabila Huda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berkenaan isu tersebut.

sumber : ohbulan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails