Katy Perry
KATHERYN Elizabeth Hudson atau nama pentasnya, Katy Perry bukan sahaja dikenali dalam bidang muzik bahkan lakonan.
Memiliki kejelitaan dan bakat tersendiri, artis kelahiran Santa Berbara, California ini turut terkenal dengan penulisan lagu dan lirik yang sehingga kini menjadi siulan anak-anak muda di seluruh dunia.
Menyingkap kejayaan penyanyi cantik ini, popularitinya meningkat naik secara mendadak selepas lagu I Kissed A Girl dan Hot n Cold mendapat perhatian bukan sahaja di Amerika Syarikat, bahkan di seluruh dunia.
Malah lagu itu juga berjaya meletakkannya sebagai penyanyi paling berpengaruh dalam industri muzik Hollywood.
Selain menerima pencalonan sebagai Best Female Pop Vocal Performance dalam Grammy Awards 2009, Perry juga tercalon dalam lima kategori di MTV Video Music Awards, termasuk Best New Artist dan Best Female Video. Bagaimanapun, ketika itu dia tewas dengan penyanyi sensasi, Britney Spears.
Tidak mudah putus asa, Perry terus berusaha keras dengan pelbagai karya baru seperti, If We Ever Meet Again, California Girls, Firework, ET, Last Friday Night (TGIF), Ternyata, usahanya berbaloi apabila namanya berjaya merangkul lima trofi menerusi
People’s Choice Awards ke-38.
Selain memenangi kategori Penyanyi Wanita Paling Diminati, Perry juga dipilih menerusi Siri Jelajah Paling Diminati, Lagu Paling Diminati, melalui lagunya ET, video muzik terbaik (Last Friday Night) dan Pelakon Jemputan Siri Televisyen Paling Diminati (How I Met Your Mother).
Terbaru, bintang filem The Smurfs ini dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik menerusi anugerah, Kids Choice Awards 2013.
"Anugerah ini merupakan perkara yang paling menakjubkan berlaku dalam hidup saya.
"Saya sangat gembira dan teruja dalam masa yang sama," kata Perry.
Selain memiliki suara yang merdu, Perry juga dikenali antara artis yang gemar berpakaian pelik sama ada menghadiri majlis formal atau santai.
'Katy Hudson' tinggal kenangan
Mengimbau perjalanan seninya, Perry mula dikenali dengan nama Katy Hudson di awal kemunculan dulu. Malah sempat menggunakan akan nama itu untuk album pertamanya.
Bagaimanapun, ramai yang keliru dengan nama aktres terkenal, Kate Hudson. Sejak itu, Perry menukar nama pentasnya dan menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Capitol Records.
Lumrah bergelar artis, perjalanan karier seninya bukannya selalu indah. Beberapa lagu dendangannya seperti I Kissed a Girl dan Ur So Gay menerima reaksi kurang senang segelintir pihak, termasuk ahli agama.
Kedua-dua lagu tersebut telah dilabelkan sebagai homophobic kerana menggalakkan kegiatan homoseksual dan lesbian.
"Ia bukan tanggapan negatif kepada golongan ini. Jika dihayati liriknya, ia sebenarnya menceritakan mengenai golongan lelaki yang tidak sepatutnya menjadi gay," kata Perry.
Enggan memperbesarkan lagi isu itu, Perry mengakui, lagu tersebut juga ditujukan kepada bekas teman lelakinya.lagu seperti antara lagu mendapat perhatian peminat.
Hubungan cinta berakhir
Status cintanya bersama John Mayer, akhirnya terbongkar apabila kekasihnya itu mengesahkan perpisahan mereka menerusi rancangan, The Ellen DeGeneres Show.
"Benar kami sudah berpisah. Hubungan cinta adalah perkara yang merumitkan.
"Saya mahu Katy gembira, semua orang pun begitu juga," ujar Mayer.
Perry juga akhirnya terpaksa akur bahawa hubungan cinta dengan penyanyi kacak itu tidak mampu diselamatkan lagi.
Walaupun mereka dilihat menghadiri majlis berprestij Grammy Award bersama-sama, namun desas-desus mengenai keretakan hubungan mereka telah tersebar sebelum majlis itu berlangsung.
Selain Mayer, Perry sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Travie McCoy, Matt Thiessen dan Johnny Lewis, Malah perkahwinannya bersama, Russell Brand, juga kecundang di tengah jalan.
0 comments:
Post a Comment