Wednesday, April 3, 2013

Nazim Othman sanggup belanja besar demi imej



Nazim Othman
Nazim Othman

BUKAN hanya wanita sanggup berhabis wang ringgit untuk sentiasa kelihatan cantik dan menarik, golongan lelaki kini juga tidak terlepas daripada perkara yang sama.

Pelakon Nazim Othman akui dirinya sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki pakaian yang sesuai untuk kegunaan harian dan juga semasa menjalani penggambaran.

"Memang saya seorang yang sangat menitikberatkan soal imej. Bukan mahu riak, tapi memang saya banyak berhabis untuk penampilan diri sendiri.

"Bagi saya, sebagai seorang pelakon, penampilan dan imej adalah perkara penting. Saya juga tidak kisah kalau ada yang menggelar saya lelaki metro seksual. Yang penting apa yang saya lakukan untuk kepuasan diri sendiri," katanya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails