Syatilla Melvin
Pelakon Syatilla Melvin menganggap watak wanita penggoda dan kaki kelab malam yang sering diterimanya adalah satu cabaran besar yang tidak perlu ditolak begitu sahaja.
Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirul Melvinn, 22, ini berkata, tidak semua individu boleh membawa watak berkenaan kerana seseorang itu perlu melakonkannya sebaik mungkin agar ia benar-benar menjadi.
“Watak wanita jahat dan penggoda menerusi drama bersiri BFF (Teman Tapi Mesra) yang disiarkan di TV3 pada tahun lalu benar-benar mengangkat nama saya. Disebabkan watak itulah kebanyakan pengarah percaya dengan kemampuan saya menggalas peranan tersebut,” katanya kepada .
Dalam pada itu anak kelahiran Parit Buntar, Perak ini berkata dia tidak mahu bersandarkan kepada paras rupa untuk popular tetapi ingin dikenali dengan bakat yang hebat kerana ia akan membuatkan seseorang itu kekal lebih lama dalam dunia seni.
Ujarnya ketika ini ramai artis baru muncul dengan pakej wajah yang menarik dan ia merupakan satu persaingan jika setiap pelakon itu tidak meningkatkan kemahiran ilmu lakonan mereka.
“Orang yang cantik di luar sana memang ramai tetapi berapa banyakkan pelakon kita yang benar-benar berbakat? Ada orang memuji saya ni cantik tetapi saya kata kalau sekadar hanya harapkan cantik, kita tidak boleh ke mana,” ujarnya. Ditanya mengenai statusnya sekarang Syatilla berkata, buat masa ini dia masih solo dan tidak cerewet dalam bab mencari kekasih.
“Saya adalah wanita biasa yang akan tergoda kepada lelaki yang boleh berkorban demi saya selain mempunyai sikap yang ikhlas, setia, jujur, kelakar dan manja," katanya.
Pelakon telefilem Wasilah Cinta dan Zombie Anak Mamu yang bersiaran di RTM ini juga mula bosan menjawab pertanyaan tentang hubungannya dengan pelakon popular Shaheizy Sam.
Mereka dikatakan bercinta selepas Shaheizy hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla iaitu Syafiqa yang juga juara Gadis Melayu musim kedua pada Julai tahun lepas.
“Kami hanya berkawan baik sahaja dan saya tidak menafikan memang pernah keluar dengan dia. Hubungan kami sekadar kawan sebab saya mengenali dia sebelum saya menyertai bidang seni lagi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment