Monday, April 1, 2013

Uqasha Senrose Mengaku Rapat Dengan Pekin

Uqasha Senrose


Uqasha Senrose Mengaku Rapat Dengan Pekin


PETALING JAYA – Pelakon Uqasha mengakui sedang berkawan rapat dengan aktor kacak Pekin Ibrahim sejak penggambaran membintangi bersama filem Paku Pontianak terbitan Metrowealth Pictures.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berkata, bagaimanapun dia dan Pekin masih lagi mengenal hati budi masing-masing dan belum memikirkan perhubungan yang lebih serius.

“Benar kami berkawan dan sedang mengenal hati budi masing-masing.

“Sehingga kini dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya, tambahan pula dia juga banyak mengajar teknik-teknik lakonan kepada saya,” katanya yang dihubungi mStar Online.

Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram milik Pekin, dia sering memuat naik beberapa foto-foto Uqasha serta foto bersama.

uqasha 2

Selain itu, Nellydia dan Qi Razali turut menyertai percutian di Phuket.

Malah Pekin turut memuat naik foto dia, Qi Razali serta keluarga adik beradik itu yang bercuti di Phuket, Thailand pada minggu lalu.

Foto-foto tersebut menunjukkan kedua-dua mereka seperti mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ditanya mengenai percutian tersebut, Uqasha enggan memberi komen lanjut namun mengaku bahawa mereka bersama dengan keluarga bercuti ke negara itu.

Sementara itu, Pekin yang dihubungi pada Ahad enggan mengulas tentang perhubungan itu namun mengaku kedua-dua mereka sedang berkawan.

“Maafkan saya kerana tidak mahu memberi komen apa-apa. Kami memang berkawan tetapi saya tidak suka hal (percintaan) seperti ini keluar di media,” katanya.

Dalam perkembangan lain mengenai Uqasha, dia kini sudah meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tambang murah Air Asia kerana ingin memberi fokus kepada karier lakonannya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails