Aiman Enggan Komen Gosip Cinta Fathia
Sebelum ini Mynewshub pernah menulis mengenai gosip tentang kemesraan yang ditunjukkan oleh dua pelakon muda popular ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas staf KLIA ternampak mereka berdua di sana baru-baru ini.
Menjawab gosip tersebut, Aiman menjelaskan pada Berita Harian, “sejujurnya, saya hanya meletakkan tangan atas bahu Nur Fathia. Ia lebih bersifat santai. Tapi bab berpegangan tangan itu, saya tidak mahu komen”.
Ketika ditanya benarkah dia kini sedang menjalinkan perhubungan cinta dengan Fathia, Aiman memilih untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi atau cinta kerana takut ianya tidak menjadi seperti yang diharapkan.
“Untuk mengaku setiap hubungan adalah pasangan kekasih, ia terlalu kebudak-budakkan bagi saya. Kalau boleh saya nak pelihara soal peribadi ini dulu, bimbang tak jadi pula apa yang diharap,” ujarnya lagi.
0 comments:
Post a Comment