Sunday, May 12, 2013

Kartini Jadi Pensyarah Subjek Radio

Kartini Kamalul Arifin


Kartini Jadi Pensyarah Subjek Radio


Bekas penyampai radio Hot FM, Kartini Kamalul Arifin atau Tini kini sudah bertukar profesion dengan bergelar tenaga pengajar di sebuah universiti swasta di Selangor.

Tini yang kini sarat mengandung anak keduanya berkata sekarang dia lebih menumpukan perhatian terhadap pengajarannya sebagai pensyarah subjek radio dan dokumentari di Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya.

“Sekarang ini selain tumpuan saya pada kerja-kerja penerbitan program dan drama di syarikat produksi Red Communications Sdn Bhd, saya juga pensyarah di Lim Kok Wing, secara sambilan. Saya ajar subjek berkaitan radio dan dokumentari,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Ketika ditanya sama ada dia berasa rindu untuk kembali ke lapangan penghebah radio, Tini menjelaskan, “memang saya sangat rindu dengan radio sebab itu saya suka mengajar subjek itu. Saya ajar pelajar-pelajar saya pun berdasarkan pengalaman yang saya ada”.

Tini mula menceburkan diri dalam bidang seni tempatan selepas terpilih menjadi pengacara program wanita dan isu semasa, 3R (Respek, Relaks, Respon) bergandingan dengan Azah Yasmin, Low Ngai Yuen, Rafidah Abdullah dan juga Celina Khor.

Kali ini, 3R tampil dengan musim terbaru dan bakal mencari pengacara pelapis yang dapat menandingi serta setanding dengan bekas pengacaranya yang terdahulu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails