Setiap Hari Adalah Hari Ibu: Anding
Pelakon Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road!, Anding Indrawani menyatakan setiap hari adalah hari ibu baginya.
Bagi Anding dan adik-beradiknya, mereka tidak perlu menunggu sehingga ke satu tarikh istimewa untuk meraikan kedua ibu bapanya.
“Sebenarnya, setiap hari adalah hari ibu kepada kami. Ibu tidak perlu diraikan pada Hari Ibu sahaja. Tapi sebelum, ini saya pernah masak untuk mak saya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Anding turut ingin membawa kedua orang tuanya bercuti ke luar negara pada hujung bulan ini untuk bermeluangkan masa berkualiti bersama-sama.
“Mak dengan ayah akan ‘stay’ di KL sampai 30 Mei ini kerana kami akan ke luar negara untuk bercuti. Hanya kami bertiga, saya, mak dan ayah untuk raikan ketiga-tida tarikh itu,” kata anak jati Sarawak ini lagi.
Anding bawa mak ayahnya pergi bercuti, apa pula hadiah untuk ibu anda sempena Hari Ibu yang bakal disambut esok?
Tak salah untuk memberikan hadiah, yang paling penting ialah keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan pada ibu anda pun sudah besar ertinya buat mereka.
Bukan begitu?
Setiap Hari Ibu diucapkan buat semua wanita yang bergelar Ibu, Emak, Mama dan Mummy di luar sana!
0 comments:
Post a Comment