Friday, June 28, 2013

Amar Lebih Memahami Wanita Selepas Kahwin

Amar Lebih Memahami Wanita Selepas Kahwin


Amar Lebih Memahami Wanita Selepas Kahwin


Selepas mendirikan rumahtangga pada 7 Jun lalu, pelakon baru yang semakin meningkat naik namanya, Amar Asyraf Zailuddin, 27, mengakui dirinya kini lebih memahami emosi serta kerenah seseorang wanita itu.

Dia turut menyatakan fasa baru dalam hidupnya itu bukan saja memberikan kebahagiaan, malah turut mengajarnya perkara baru mengenai seorang wanita.

“Apabila bergelar suami orang, saya semakin mengenali wanita.  Jika dulu, saya tidak tahu mengenai aspek emosi dan pemikiran wanita, sekarang saya mula belajar.

“Barulah saya tahu dan mengenali pemikiran dan emosi wanita yang sering berubah. Bagaimana reaksi mereka pada waktu pagi, ketika datang haid dan apa petanda apabila isteri marah atau suka,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu ketika ditanya soal cahayamata, Amar mengharapkan dirinya dan isteri, Arna Salleh, 28, dikurniakan anak secepat mungkin bagi menyerikan kehidupan mereka suami isteri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails