Thursday, June 27, 2013

Wulan Guritno Mengalami Keguguran

Wulan Guritno


Wulan Guritno Mengalami Keguguran


Artis seberang yang pernah dijemput menjadi juri Maharaja Lawak, Wulan Guritno mengalami keguguran baru-baru ini.

Wulan memberitahu perkara ini ketika ditemu bual media di Dharmawangsa Square, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan Isnin lalu.

Menurut Wulan kandungan anak ketiganya itu sudah masuk satu setengah bulan namun tidak menjadi.

Isteri kepada Adilla Dimitri ini pernah merancang mempunyai lima anak sebelum berusia 35 tahun, namun mengakui hasrat itu mungkin agak sukar menjadi kenyataan kerana usianya kini sudah 32 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails