Wednesday, June 5, 2013

Fazura Teringin Buka Perniagaan Restoran

Fazura


Fazura Teringin Buka Perniagaan Restoran


Selepas terlibat dengan perniagaan berasaskan butik dan fesyen, pelakon Nur Fazura Sharifuddin bercadang untuk membuka perniagaan berasaskan makanan pula selepas ini.

Ini kerana menurut pelakon cantik itu, bidang fesyen dan pemakanan adalah sangat dekat dengan dirinya yang sememangnya kaki fesyen dan kaki makan.

“Saya ada keinginan nak buka restoran tak lama lagi, InsyaAllah. Bila saya fikir-fikir balik apa lagi business yang saya suka, tak ada apa lagi selain fesyen dan makan. Saya rasa kalau nak buat business tu kita perlu buat sesuatu yang kita suka,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.

Fazura yang baru sahaja pulang dari menjalani penggambaran di Turki, juga bercadang untuk mengembangkan perniagaan butiknya, House of Doll di negeri Sabah dan Sarawak demi membalas jasa peminatnya di sana yang sanggup datang ke butiknya yang terletak di Bangsar.

“InsyaAllah, Faz akan bawa jenama House of Doll ke Sabah dan Sarawak untuk memenuhi permintaan peminat-peminat di sana. Ramai juga antara peminat yang sanggup datang dari Sabah dan Sarawak ke butik House of Doll di Bangsar, Faz rasa terharu sangat. Jadi inilah masanya untuk Faz balas jasa dan sokongan mereka,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails