Sharnaaz Masih Ikuti Perkembangan Seni Shila
Walaupun hubungannya sudah hampir empat bulan putus dengan penyanyi Shila Amzah, namun Sharnaaz Ahmad mengakui masih mengikuti perkembangan seni bekas kekasihnya itu.
Dia juga tumpang berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Shila kini kerana sememangnya penyanyi cantik itu layak mendapat apa yang dikecapi sekarang kerana semangat kecekalan Shila yang tinggi.
Selain itu pelakon kelahiran Pulau Pinang itu juga sentiasa mendoakan agar anak kepada ND Lala itu akan meraih pengiktirafan lebih tinggi dan melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyiannya.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz menolak khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang bercinta dengan pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul-Haq dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar cerita tersebut.
“Saya ingin memberi amaran keras kepada mana-mana individu supaya jangan memanipulasi keadaan. Jika saya tahu siapa penyebarnya, saya tidak akan teragak-agak menghantar surat saman.
“Cukuplah apa yang sudah saya lalui, saya tidak mahu lagi melihat keluarga bersedih. Saya tiada siapa-siapa di dunia ini kecuali keluarga, jadi saya tidak mahu ibu bapa terluka kerana saya,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Sharnaaz turut mengatakan jika benar dia sudah bertemu pengganti, dirinya sendiri akan mengumumkan berita baik itu kepada pihak media dan para peminatnya.
0 comments:
Post a Comment