Tahniah! diucapkan buat Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan atas pernikahannya bersama jejaka pilihan sejak 12 hari lalu.
Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Instagramnya dan menurut pelakon wanita ini dia baru sahaja mengenali jejaka tersebut dua minggu sebelum mereka bernikah.
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan???????? Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!
Abby bersama suami tercinta
Menerusi respon peminat dilaman sosial tersebut, ramai antara mereka yang melahirkan rasa terkejut dengan berita gembira itu, bagaimanapun mereka tetap mendoakan semoga Abby bahagia bersama insan pilihannya kali ini.
SuarapeopleDotCom turut doakan semoga Abby bahagia hingga ke akhir hayat dan mahligai yang dibina kali ini akan terus berkekalan.
0 comments:
Post a Comment