Friday, July 19, 2013

Fahrin Ahmad Sudah Lali Ditanya Soal Kahwin

Fahrin Ahmad Sudah Lali Ditanya Soal Kahwin


Fahrin Ahmad Sudah Lali Ditanya Soal Kahwin


PELAKON Fahrin Ahmad semakin lali apabila sering kali ditanya mengenai teman wanita dan perkahwinan sama ada daripada pihak media, keluarga atau pun rakan-rakan.

Fahrin, 34, berkata, perkara itu sebenarnya tidak mengganggunya kerana dia semakin selesa dengan kehidupan sekarang iaitu hidup bersendirian.

“Saya sekarang sudah berada pada tahap terbiasa dengan hidup bersendirian dan apabila sering ditanya mengenai soal kahwin, saya sudah lali dengan persoalan itu.

“Soal pertemuan, jodoh dan maut ini bukan kita yang tentukan dan saya sebagai manusia hanya mampu merancang,” katanya kepada mStar Online.

Fahrin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyampai radio Suria FM iaitu Linda Onn dan pelakon Scha Al-Yahya.

Dalam perkembangan sama, Fahrin berkata, buat masa ini dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup kerana yakin jodohnya akan tiba suatu hari nanti.

Bagaimanapun katanya, ciri-ciri yang perlu ada pada bakal isterinya itu nanti mestilah seorang yang solehah tetapi ‘hot’ pada matanya.

“Kadang-kadang tu saya cemburu juga tengok kawan-kawan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak tetapi saya tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan Insya-Allah masa itu akan tiba,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini Fahrin akan mengurangkan aktiviti seninya bagi memberikan tumpuan kepada ibadah puasa selain mengambil peluang untuk melakukan solat sunat tarawih di masjid.

Tambah Fahrin, kesempatan itu juga digunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga emas.

“Bagaimanapun saya akan mula kembali bekerja seawal Hari Raya keempat dan akan ke Bangkok untuk rakaman iklan terbaharu produk Garnier di sana,” katanya. – mStar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails