Azwan Akui Cemburu, Nafi Tumpang Populariti Nad
Melihat Nad Zainal semakin rancak membina nama dalam dunia lakonan, pelakon baru Mohd Al Azwan Kombos atau Azwan mengakui sedikit sebanyak timbul rasa cemburu dek peningkatan buah hatinya itu.
Lantas timbul dakwaan mengatakan Azwan secara tidak langsung menumpang populariti Nad memandangkan heroin drama Kampung Girl itu sekarang semakin dikenali ramai. Sementelah berita kisah cinta mereka secara tidak langsung membuatkan nama Azwan turut menjadi bualan ramai.
“Saya akui rasa cemburu tu ada tapi dari segi tengok prestasi dia. Saya pun rasa tercabar dan saya kena berikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya. Tapi saya akui saya masih baru dan banyak lagi yang saya perlu belajar. Kalau pasangan Nad dalam lakonan tu saya tak rasa cemburu pun, sebab saya sendiri pun pelakon. Jadi saya faham itu adalah kerja.
“Tapi soal tumpang populariti dia, itu tak benar. Saya nak berdiri atas bakat saya sendiri. Kalau ada pun yang kata saya tumpang populariti Nad, itu mungkin hanya tempias saja”, katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MIG, baru-baru ini.
Dalam pada itu ditebak dengan persoalan perkembangan hubungan mereka kini, Azwan berkata buat masa ini hubungan mereka seperti biasa.
“Kami ada berbual soal masa depan tapi hanya bual-bual kosong. Tak ada tarikh yang spesifik dan kami tak fikirkan lagi untuk bawa hubungan ni ke satu ikatan yang lebih serius. Masing-masing sibuk dengan kerja. InsyaAllah, rancangan kalau boleh nak bertunang dulu sebelum kahwin. Di harap semua dapat doakan yang terbaik unuk kami”, ujarnya.
Pada hari raya Aildilfitri nanti drama komedi, Adnan Sempit Balik Raya akan ditayangkan di TV3 yang mana menampilkan lakonan Azwan bersama Nad. Ini merupakan kali pertama pasangan itu bergandingan.
“Kekok sebenarnya bila berlakon dengan dia (Nad). Lebih-lebih dalam cerita tu saya kena bawa karakter yang saya i betul-betul gilerkan dia. Bagi saya lebih susah nak dapat chemistry bila kita berpsangan dengan orang yang betul-betul kita dah kenal berbanding dengan orang yang kita tak kenal”, katanya.
Memulakan kerjaya lakonan sejak tiga tahun lalu, pemuda berusia 28 tahun ini memilih bernaung di bawah pengurusan Metrowelath (MIG) sejak Mac lalu. Filem Lu Pikir Lah Sendiri The Movie dan Belukar antara merupakan lakonan terawal yang memperkenalkannya dalam idustri. Terkini Azwan muncul dalam drama bersiri Dewi Lasak kini ditayangkan di TV3.
Selain itu selepas Aidilfitri ini dia bakal memulakan penggambaran filem Perempuan Mukasurat Tujuh arahan Pierre Andre serta menjalani penggambaran filem Nasi Kangkang.
“Alhamdulillah sejak saya dengan MIG, saya sentiasa ada tawaran berlakon. Saya tak memilih watak tapi saya sebolehnya mahu pelbagai. Cuma watak komedi bagi saya susah berbanding dengan watak lain. Saya teringin nak bawa watak psiko”, katanya.
0 comments:
Post a Comment