Thursday, July 25, 2013

Berkebaya Ketat Ala Gothic : Raja Ema Tak Kisah!

Raja Ema


Berkebaya Ketat Ala Gothic : Raja Ema Tak Kisah!


Semalam kami berkesempatan menghadiri rakaman Melodi Raya yang diadakan di PWTC. Kemeriahan acara program hiburan nombor satu tempatan itu dihangatkan lagi dengan kehadiran ramai artis dan selebriti popular tanah air. Sudah namanya rakaman raya, jadi rata-rata artis yang datang melaramlah dengan baju raya masing-masing.

Dan dalam ramai-ramai artis, penyanyi dan pelakon Raja Ema tak kurang mencuri tumpuan pihak media dengan fesyen ala gothic-nya. Berani, tapi… macam salah tema jer kak Ema?

“Baju yang Kak Ema pakai hari ini sebenar baju kebaya. Biasanya baju kebaya orang padankan dengan kain batik dan korsetnya orang pakai di bahagian dalam. Tapi hari ni Kak Ema padankan dengan skirt dan pakai korset di luar.

“Nampaklah moden sikit dan lain dari yang lain tapi tetap ada ropol-ropol. Kak Ema pakai macam ni sebab lagipun hari ni (semalam) akak akan buat persembahan”, terangnya mengenai gaya fesyen cetusan ideanya itu, ketika ditemui di luar dewan.

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Jejaka Idaman ini berkata, beliau menyedari dikala usianya kini mencecah 45 tahun mungkin ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang dilihat nampak berani berfesyen. Namun Raja Ema tidak mahu terlalu ambil pusing apa jua tanggapan orang terhadap dirinya.

Ternyata kemunculan semulanya dalam industri memberikan semangat baru. Justeru Raja Ema merasakan dia perlu tampil dengan imej yang tersendiri. Malahan sebagai artis, amat perlu untuk beliau menjaga penampilan dan usia bukan penghalang untuk dirinya berfesyen.

“Buat apa kita nak tua kan diri kita. Kak Ema berfesyen bukan sebab nak nampak muda, tapi tak salah kalau kita nak jaga penampilan. Sebagai artis kita kena ada imej tersendiri. Lagipun bukan Kak Ema pakai yang dedah, dedah atau berpeluk-peluk”, ujarnya.

Sementara itu, mengenai pendedahannya baru-baru ini bahwa beliau menjalani rawatan menegangkan kulit muka iaitu rawatan ‘thread lift’, Raja Ema memberitahu ada juga pihak yang mengkritik tindakannya itu.

“Ada juga yang kritik. Mereka cakap Kak Ema buat muka. Tapi Kak Ema tak suntik, cuma rawatan tarik muka untuk nampak tegang. Lain orang lain caranya. Sama lah macam kita pakai krim muka sebab nak nampak muka kita tegang. Tak salah kalau kita nak nampak cantik”, katanya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails