Dira Abu Zahar Hilang Tempat Mengadu
Seperti yang diketahui ramai, bapa kepada pelakon Dira Abu Zahar telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat lalu.
Kehilangan bapanya, Datuk Abu Zahar Isnin, 74, yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka ternyata memberi impak yang besar buat Dira dan keluarganya.
Malah, bekas pengacara Melodi itu turut menyifatkan Aidilfitri kali ini pastinya memberi suasana yang cukup berbeza tanpa kehadiran arwah bapa kesayangannya itu.
“Kemeriahan Aidilfitri tahun ini pasti berubah… Sangat jauh (berubah) berbanding sebelum ini kerana ketiadaan ayah. Dia segala-galanya bagi kami sekeluarga. Dialah ketua keluarga, dialah rakan dan dialah tempat kami mengadu,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Dira turut bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjaga bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir malah dia dan semua ahli keluarga sempat berada disisi Allahyarham ketika dijemput ajal.
Abu Zahar, 74, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir, Jasin, Melaka, kira-kira jam 5.45 petang Jumaat lalu akibat kencing manis dan masalah buah pinggang.
Beliau meninggalkan balu yang juga ibu Dira, Datin Seri Khalijah Mohd Jedi, enam anak serta beberapa cucu.
0 comments:
Post a Comment