Thursday, July 18, 2013

Ezlisa Tak Mahu Ikut Jejak Langkah Elfira

Ezlisa Loy


Ezlisa Tak Mahu Ikut Jejak Langkah Elfira


Adik kepada pelakon genit, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy tidak mahu mengikut jejak langkah kakaknya yang menjadikan lakonan sebagai karier sepenuh masanya.

Sebaliknya, Ezliza, 17, bercita-cita mahu menjadi seorang doktor atau melibatkan diri dalam bidang seni kulinari yang digemarinya..

“Sebenarnya tujuan saya menceburi bidang lakonan ini bukanlah ingin mengikut jejak langkah kakak (Elfira) menjadi pelakon sepenuh masa. Ia sekadar aktiviti yang saya lakukan untuk memenuhi masa terluang serta mencari wang saku,” katanya memetik laporan portal Murai.

Disebabkan dirinya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November ini, anak ketiga dari lima beradik juga sudah mengambil cuti panjang daripada lakonan kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap pelajarannya.

Mengenai perancangannya sementara menunggu keputusan SPM nanti, Ezlisa merancang untuk memasuki kelas kulinari untuk mempertajamkan lagi minatnya dalam bidang tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails