‘Jangan Bicara Tentang Payung Emas’ – Betul Ke Luahan Hati Isteri Pertama Ashraf?
Sejak berita pernikahan kali kedua Ashraf Muslim terbongkar, isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman tidak pernah lagi tampil memberi kenyataan kepada mana-mana pihak media.
Terbaru, menerusi laman Facebook Noor Dayana, dia KONONNYA berkongsi luahan hatinya dengan menulis sebuah nota yang agak panjang menceritakan mengenai perasaannya berkaitan perkahwinan kedua suaminya itu.
Dalam luahan itu, Dayana seakan perit menerima berita tersebut dan menurutnya bapanya, Lokman Abdul Hamid, anaknya itu tidak pernah redha atau memberi sebarang keizinan untuk dimadukan oleh aktor tersebut.
Ashraf Muslim selamat bernikah buat kali kedua di Bangkok, Thailand dengan bekas krew televisyen, Wan Sakinah pada 7 Julai lalu.
Menurut sumber juga, Ashraf dan Sakinah sudah berhubung sejak sekian lama iaitu selepas sembilan bulan pelakon itu mendirikan rumahtangga dengan Dayana pada Ogos 2011.
Di bawah, penulis kongsikan bait-bait kata daripada Dayana buat tatapan pembaca semua.
Entah benar entahkan tidak ia luahan hati Dayana…apapun jom kita tengok apa yang heboh sangat dalam internet mengenai ‘luahan’ tersebut.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
0 comments:
Post a Comment