Tuesday, July 23, 2013

Uqasha Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim

Uqasha Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim


Uqasha Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim


Timbul desas-desus yang mendakwa pasangan Uqasha Senrosa dan Pekin Ibrahim telah putus cinta.  Semua ini gara-gara sebuah gambar yang mengandungi ‘qoutes’ yang bertajuk ‘Letting Him Go’ yang dimuat naik di laman Instagram milik Uqasha dan status yang dimuatnaik di laman Twitter Uqasha yang berbunyi ‘Mental Breakdown’.

Dikhabarkan juga hubungan pasangan ini berakhir gara-gara sikap Pekin sendiri yang tidak serius dalam perhubungan mereka. GUA menghubungi Uqasha sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung gosip ini.

“Hubungan saya dan Pekin sama seperti dahulu. Kami baik-baik sahaja dan hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Saya dan Pekin tiada apa-apa masalah. Saya saja mahu memuatnaik gambar yang mengandungi ‘qoutes’ tersebut. Cerita mengenai Pekin yang ‘memasang perempuan’ keliling pinggang dan tidak serius dalam perhubungan juga adalah tidak betul,” tutur Uqasha lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.

“Mengenai status Twitter saya pula, biasalah, hari-hari saya menghadapi pelbagai perkara, sibuk dengan penggambaran, lagi-lagi sekarang ini kita semua sedang menjalani ibadah puasa, jadi kadang-kadang saya penat dan tertekan. Perkara itu tiada kena mengena dengan hubungan kami. Spekulasi yang dibuat tidak benar,” ulas kakak kepada aktres Nelydia Senrose ini lagi.

Ketika diminta mengulas apakah perasannya apabila cerita sebegini menimpa dirinya, Uqasha hanya menganggap perkara ini cuma perkara kecil sahaja.

“Perkara ini bukannya betul, jadi saya tak anggap perkara ini sebagai masalah besar. Biarlah apa orang mahu cakap, asalkan saya tahu perkara yang sebenar,” jelas pelakon filem ‘Paku Pontianak’ ini.

Dalam perkembangan terbaru, aktres manis ini tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa di bulan Ramadan. Uqasha kini sedang giat menjalani pengambaran drama berjudul ‘ Ratu Syahadah’ untuk siaran RTM dan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri istimewa sempena Ramadan arahan Rashid Sibir bertajuk ‘Tok Abah’ yang disiarkan di saluran Astro Oasis.

Gadis manis ini bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum mereka sekeluarga berangkat pulang menyambut kemeriahan Syawal di kampung halaman mereka di Kelantan Darul Naim. – Gua

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails