Sasha Saidin Berkenan Dengan Sikap Che Ta
BEKAS ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin ternyata suka dan berkenan dengan sikap berbudi bahasa yang ditunjukkan oleh bakal adik iparnya iaitu pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.
“Saya sebenarnya baru jumpa dia (Che Ta) dua kali. Pertama kali ketika sambutan hari jadi dan makan malam.
“Apa yang boleh saya katakan, Rozita merupakan seorang wanita yang ‘very well mannered’ (berbudi bahasa). Dia seorang yang lemah lembut, pandai bawa diri dan sangat menjaga penampilan. Saya tak ada masalah dengan dia,” jelasnya yang dipetik menerusi portal Gua.
Adik Sasha, Zain, 29, sebelum ini dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga dengan Che Ta, 42, selewat-lewatnya pada akhir tahun ini namun pasangan itu masih belum mendedahkan kepada pihak media bilakah tarikh majlis itu bakal dilangsungkan.
0 comments:
Post a Comment