Monday, August 12, 2013

Aiman dan Nelydia

Aiman dan Nelydia


Aiman dan Nelydia


PELAKON remaja yang sedang meningkat naik ini bukanlah nama asing dalam industri seni tempatan, bahkan wajah mereka semakin kerap disiarkan di skrin-skrin televisyen.

Mengimbas sejenak penglibatan mereka dalam bidang seni, empunya nama Aiman Hakim Ridza dan Nelydia Senrose ini sebenarnya datang dari latar belakang yang berbeza.

Jika Aiman dikenali kerana program realiti Mentor, Nelydia pula menerusi drama bersiri Spa Q sejak berusia 13 tahun lagi.

Sebagai pendatang baru, mereka perlu bekerja keras supaya terus diterima dalam arena ini. Lebih bermakna, Syawal tahun ini turut di rai dengan penuh kegembiraan.

Beraya di UK

Bagi pelakon yang meningkat naik menerusi drama bersiri Vanila Coklat ini, beraya di luar negara bukan perkara asing untuknya.

Sama seperti tahun ini, dia bersama keluarga telah ke United Kingdom untuk meraikan Aidilfitri di sana.
"Kalau nak ikutkan waktu saya bermain bola dahulu lagi memang dah biasa raya di luar negara, saya juga pernah beraya sendiri di Jepun," katanya.

Tambah Aiman, dia dan keluarga mengambil keputusan ke UK memandangkan kakak dan adiknya turut berada di sana kerana menyambung pelajaran.

"Lagipun atuk dan nenek dah tiada, pada masa yang sama, saudara lain pun beraya di sebelah keluarga yang lagi satu, jadi kami sekeluarga memilih beraya sambil melawat mereka di sana sahaja," katanya bertolak ke UK pada pagi raya yang lalu.

Berkongsi pengalaman beraya di luar negara, kata Aiman, meskipun sambutannya amat berbeza dari berada di Kampung, namun kekurangan tersebut tidak terlalu dirasai kerana keluarga berada di sini.

"Kami pergi sekeluarga jadi tidaklah terasa sangat, lagipun, mak turut membawa juadah dari rumah untuk dimakan di sana," katanya berada selama tiga minggu di UK.

Ditanya juadah raya pilihannya, akui Aiman, sebelum neneknya meninggal dunia, dia amat menggemari Rendang dan Ayam Pudina hasil air tangan arwah neneknya itu.

"Tapi sekarang saya dah kurang makan rendang sejak nenek tiada, cuma saya akan makan lemang dan ketupat," katanya yang beraya di Johor atau Penang mengikut sebelah ibu dan ayahnya jika tidak ke luar negara.

Jadi Erra Fazira

Meskipun berjauhan dari saudara-mara tercinta, jelas Aiman, dia tidak pernah melupakan mereka.

"Keluarga saya besar, jadi setiap kali menyambut hari raya memang meriah. Ada sahaja program yang kami susun.

"Tapi yang tidak boleh saya lupakan ketika saya masih kecil, kami adakan pertandingan ratu cantik. Masa tu, saya jadi Erra Fazira, bayangkan yang lelaki jadi perempuan, yang perempuan jadi lelaki.

"Kami bersolek dan saya sendiri kena pakai dress, memang kelakar. Cuma, yang paling teruk bila kami dilelong, mati-mati saya ingat memang kena lelong betul-betul, apalagi, menangis-nangis la saya," katanya sambil ketawa mengingatkan kenangan lalu.

Ditanya adakah dia akan mengadakan majlis rumah terbuka setelah sampai di Malaysia, kata Aiman, dia tidak membuat rumah terbuka tahun ini.

"Saya di UK sahaja tiga minggu, jadi tak sempat nak buat rumah terbuka, bagaimanapun, kepada peminat, saya akan cuba buat satu majlis beraya bersama mereka nanti," katanya yang memilih untuk sederhana sahaja setiap kali beraya.

Dalam pada itu, pelakon Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini juga, tidak ketinggalan menyediakan duit raya buat anak buahnya.

"Alhamdulillah, ada rezeki lebih memang adalah bahagian untuk mereka," kata Aiman lebih selesa menyuruh emaknya membelikan baju raya untuknya.

Berkongsi perkembangan terbarunya pula, akui Aiman dia kembali sibuk selepas raya.

Pun begitu, meskipun tawaran lakonan diterima agak rancak, ujar Aiman, dia masih belum membuat sebarang keputusan.

"Begitu jugak untuk berlakon filem, memang ada terima tawaran, tetapi saya perlu pilih material yang sesuai.

Sebelum ini saya pernah buat silap kerana pilih watak yang kurang baik, jadi saya tidak mahu ulang kesilapan itu," katanya yang muncul menerusi cerekarama Raya Pak Pong pada hari raya pertama ini.

Kesihatan Nelydia terjejas  

Berbeza pula dengan pelakon remaja yang berasal dari Kelantan ini, kerana komitmen terhadap kerja, dia terpaksa pulang ke kampung pada hari raya kedua.

"Tahun ini memang rezeki berlakon melimpah ruah, tapi tak sangka pula berlarutan sehingga hari raya.

"Lagipun sepanjang Ramadan ni, memang saya terikat dengan penggambaran sahaja, jadi walaupun habis sebelum raya pertama tetapi saya tidak pasti pukul berapa," kata empunya nama Nelydia Senrose ini.

Bicara pelakon berusia 19 tahun ini juga, dek kerana jadual kerjaya yang terlalu padat, kesihatannya turut terjejas.
"Sebelum ini saya tidak pernah menjalankan penggambaran secara berterusan di bulan Ramadan, bukan nak merungut tetapi tahun ni saya betul-betul penat sehingga deman," katanya berhadapan dengan dua penggambaran iaitu Syurga Tanpa Bidadari dan Setia Hujung Nyawa.

Ditanya bagaimana persiapan rayanya tahun ini, ujarnya, dia memberi sepenuh kepercayaannya kepada mamanya.

"Saya serahkan semuanya kepada mama, lagipun saya sibuk, memang tak sempat nak buat persiapan sendiri.

"Tapi mama faham apa yang saya nak dan saya pula jenis tak kisah, ikut jer pilihan dia," kata anak ketiga dari tujuh beradik ini.

Dalam pada itu, akui Nelydia, setiap kali Syawal menjelma, dia pasti terkenang memori lima tahun lalu di mana arwah

Erra Fazira Ajar Anak Belajar Hidup Berdikari

Erra Fazira Ajar Anak Belajar Hidup Berdikari


Erra Fazira Ajar Anak Belajar Hidup Berdikari


PELAKON dan penyanyi Erra Fazira mula mengajar anaknya iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang berusia empat tahun untuk belajar membuat keputusan sendiri dalam sesuatu perkara.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, dia ingin mendidik anaknya itu sebagai seorang yang berdikari dengan membuat keputusan bijak apabila besar kelak.

“Kalau boleh saya mahu Aleesya tahu erti berdikari dan pandai membuat keputusan dalam hidupnya.

“Jadi pada awal usia muda sebegini saya sudah mengajar dia membuat keputusan sendiri. Tetapi tidaklah mengajarnya secara drastik.

“Sebagai contoh dalam pemilihan baju yang dipakai, saya memberi dia dua atau tiga pilihan, kemudian dia yang akan pilih baju apa yang diinginkannya,” katanya kepada mStar Online..Tambah Erra, sehingga kini dia cukup gembira apabila melihat Aleesya semakin faham dengan setiap tindakan yang dibuatnya.

Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya pula, Erra hanya menyambut secara sederhana.

“Raya saya setiap tahun sederhana sahaja. Cuma Aleesya saja yang lebih teruja, biasalah kanak-kanak.

“Tetapi apa yang menggembirakan saya, perniagaan hamper yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Alhamdulillah, ia adalah peningkatan saya dalam perniagaan ini dan mungkin akan dikembangkan lebih meluas lagi pada tahan depan, Insya-Allah,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Erra telah pun berangkat ke beberapa negara Eropah pada sambutan raya ketiga lalu bagi menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem arahan Erma Fatima.

Erra bersama Umie Aida, Elfira Loy dan Baim Wong akan berada di sana selama dua minggu. – mStar

Sunday, August 11, 2013

Tasha Shilla Tidak Teruja Sambut Aidilfitri

Tasha Shilla Tidak Teruja Sambut Aidilfitri


Tasha Shilla Tidak Teruja Sambut Aidilfitri


PELAKON Tasha Shilla mengakui tidak terlalu teruja menyambut Hari Raya kali ini berbanding tahun pertama bergelar artis.

Tasha, 26, berkata, segala persiapan raya dibuat secara sederhana.

“Tahun ini merupakan tahun ketiga saya beraya sebagai artis, jadi rasa teruja itu sudah kurang berbanding din awal kemunculan dulu.

“Kalau dulu saya punya baju raya berbelas pasang sampai tidak terpakai, kali ini pula saya tiada beli baju raya kerana baju yang saya beli adalah untuk dipakai pada majlis berbuka puasa,” katanya.

Tambahnya, dia lebih menumpukan kepada keperluan keluarga berbanding diri sendiri.

Dalam pada itu, Tasha berkata sambutan Hari Raya seperti biasa balik ke kampung halaman di Johor.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya kami beraya di kampung nenek iaitu di Batu Pahat, Johor.

“Apa yang seronok dapat berjumpa semua sanak saudara yang sememangnya setahun sekali sahaja kami berjumpa,” katanya.

Nora, Fasha Ceria Bersama Sambut Raya

Nora, Fasha Ceria Bersama Sambut Raya


Nora, Fasha Ceria Bersama Sambut Raya


NAMPAKNYA, tahun ini menyaksikan ending yang sweet buat pasangan selebriti tanah air yang pernah mengundang kontroversi dalam kalangan peminat dengan kisah cerai – kahwin sesama artis.

Jika Abby Abadi dan Memey Suhaiza sudah berbaik malah berbahagia dengan pasangan dan keluarga masing-masing, Nora Danish dan Fasha Sandha juga nampaknya serupa.

Malah kemesraan mereka bukan rahsia lagi apabila Nora Danish sudah beberapa kali dipotret bersama Fasha Sandha termasuk datang ketika Fasha melahirkan bayi hasil pernikahan dengan bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai).

Pada hari raya ini, Nora sekali lagi dilihat bersama Fasha malah kali ini mereka boleh duduk bersama dan bergelak ketawa lagi.

Mungkin yang mengeratkan mereka adalah hubungan baik dengan keluarga Jejai. Apa pun alasannya, ini adalah sesuatu yang positif sebab tak semua orang mampu berbaik selepas apa yang telah berlaku.

Tapi nampaknya, Nora dan Fasha berjaya mengetepikan segala aura negatif malah silap-silap, orang luar yang masih berapi-api hendak mengungkit kisah lama sedangkan mereka sudah lama melupakan apa yang terjadi.

Salute untuk Nora dan Fasha Sanda (bertuah Jejai!).

fashanora

fashanora2

fashanora3

Aweera Mengaku Muflis Kerana Hutang Lama

aAweera Mengaku Muflis Kerana Hutang Lama


Aweera Mengaku Muflis Kerana Hutang Lama


INILAH harga yang mesti dibayar bila menjadi orang popular. Semua tentang diri kita akan dicungkil keluar.

Contohnya vokalis kumpulan Mojo, Aweera. Di saat ramai orang bergembira hendak menyambut Hari Raya, namanya dikeluarkan di akhbar dalam ruangan notis isytihar muflis.

Perkara ini disedari oleh peminat lalu ia disebarkan di laman gosip seterusnya mendapat liputan media.

Dalam notis yang disiarkan dalam akhbar, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham, 22, diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013.

Bagaimanapun penyanyi Andaiku Bercinta Lagi ini, tidak berdalih apabila ditanya. Malah dia mengakui, perkara ini berlaku disebabkan beban hutang dengan sebuah bank yang sudah lama ditanggungnya.

Aweera yang kini sedang menyambut raya di kampung halamannya di Perlis menyatakan kerjaya seninya tidak terganggu dan dia sedang mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini. – REM RAMZI

aweera-mengaku-muflis

Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah

Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah


Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah


HARI Raya kali ini menyaksikan banyak rumahtangga yang sebelum ini mempunyai sedikit isu, berakhir dengan suasana jernih.

Jika semalam dapat dilihat Fasha Sandha dan Nora Danish kelihatan mesra bersama di hari raya pertama, situasi tidak kurang bezanya dengan hubungan antara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah.

Siti bertemu Tengku Zawiyah ketika menemani suaminya mengunjungi ibu Tengku Zawiyah pada 1 Syawal lalu. Malah, mereka dikhabarkan sudah lama berbaik cuma perkara ini tidak diketahui umum.

Ia cuma tersebar selepas anak tiri Siti, Asyraf memuatnaik gambar dirinya bersama Datin Zawiyah dan Siti di laman Instagram.

Kata Asyraf kepada wartawan Berita Harian, dia sengaja memuatnaik gambar itu. Ulasnya, ““Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang saya tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja.”

Sudah pasti, ramai peminat Siti tumpang gembira mengetahui hal ini. Manakala bagi mereka yang selama ini menyimpan rasa negatif terhadap Siti kerana cerita lama pula, eloklah buang segala prasangka sebab segala-galanya sudah berakhir dengan ‘happy ending’.

Tuesday, August 6, 2013

Shila Sertai Chinese Idol Sebelum Pulang Raya

Shila Amzah


Shila Sertai Chinese Idol Sebelum Pulang Raya


Setelah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada September tahun lalu, Murai Batu dapat tahu penyanyi tersohor Negara, Shila Amzah yang sedang meluaskan kerjaya seninya di sana, telah menyertai pertandingan Chinese Idol pula.

Shila Amzah telah berkongsi gambar dan berita mengenai dirinya di Instragram dan Twitter yang dia baru sahaja menyertai Chinese Idol di sana semalam. Bangga Murai Batu kerana anak Malaysia ini tidak gentar dan begitu kuat semangat untuk meluaskan bakat nyanyiannya di satu pertandingan nyanyian sebesar itu di negara asing.

Dengarnya, bukan mudah untuk Shila Amzah untuk menyertai pertandiangn itu. Dia perlu melalui proses interview dahulu bersama dengan juri berbangsa Cina di sana. Amboi nampaknya Shila sudah mula menguasai bahasa Cina, jika tidak mana mungkin dia berani melangkah ke sesi interview dan audition di sanakan?

Murai Batu bangga dengan semangat dan kekuatan yang ada pada Shila, yelah dia di sana hanya bersama pembantu peribadinya dari Malaysia sahaja dan sudah lagi tidak ditemani oleh ibunya untuk mengatur kerjaya seninya seperti di Malaysia sebelum ini.

Murai Batu memang selalu ikut perkembangan Shila Amzah di Twitter, Keek dan Instagram, yelah penyanyi ni kan nun jauh di sana. Jadi Murai Batu sebagai peminatnya ni memang mengikutilah laman sosialnya yang memang sangat aktif itu.

Hari ini, Shila Amzah telah berkogsi gambar di Instagram dan memberitahu sedang meninggu fligt untuk pulang ke Malaysia dan beraya di sini. Wah nampkanya sesibuk mana pun Shila di sana dia tetap mahu pulang beraya bersama keluarga. Baguslah begitu. – Murai

Pulut Kuning & Baju Sedondon Pilihan Lisa

Lisa Surihani


Pulut Kuning & Baju Sedondon Pilihan Lisa


PETALING JAYA – Pelakon Lisa Surihani memberitahu setiap kali tibanya Syawal, makanan utama yang menjadi pilihan sejak sekian lama keluarganya adalah pulut kuning dan rendang ayam.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 27, berkata, makanan tersebut merupakan makanan kegemaran arwah bapanya setiap pagi Hari Raya.

“Kebiasaannya selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan menjamu selera dan menu wajib kami adalah pulut kuning dan juga rendang ayam.

“Ia sebenarnya adalah makanan kegemaran arwah ayah dan sehingga kini menjadi tradisi keluarga, secara tidak langsung mengingatkan kami sekeluarga kepadanya,” kata Lisa.

Dalam pada itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, duta kepada rangkaian jenama pakaian Jovian Mandagie ini berkata, dia telah menyediakan tiga pasang baju raya sedondon dengan suaminya.

Lisa berkata, tiga pasang baju kurung dan baju Melayu telah disediakan mengikut tiga warna tema tahun ini.

“Lisa sudah sediakan tiga set baju sedondon untuk digayakan pada Hari Raya nanti.Tahun ini Lisa pilih warna biru kelabu, merah jambu cair dan yang ketiga pula Lisa akan pakai baju yang telah disediakan Jovian Mandagie.

Dalam pada itu, Lisa bercuti selama dua minggu bagi menghabiskan masa bersama keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.

“Pada tahun ini Lisa dan Yusry akan beraya di KL sahaja kerana kami tinggi di sini tetapi untuk raya ketiga saya akan ikut suami ke kampung halamannya untuk bertemu dengan opah iaitu nenek Yusry di Gopeng, Perak,” ujarnya. - mStar Online

Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram

Rita Rudaini


Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram


Siapa yang tidak sedih apabila diceraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun, sudah ketentuan Ilahi, Rita Rudaini terpaksa tabah dan redha dengan keputusan suaminya, Aidil Zafuan yang telah melafazkan cerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Ahad lalu.

Rita berkongsi luahan perasaan sedihnya mengenai penceraiannya itu dengan memuat naik status di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Rita Rudaini1



Rita Rudaini2


Untuk makluman, pasangan ini bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang menimpanya itu.

Monday, August 5, 2013

Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi

LIZA HANIM


Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi


PETALING JAYA – Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.

“Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.

“Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad,” katanya.

Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.

Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.

“Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.

“Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut ‘trend’ terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang,” ujarnya.

Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4. - mStar Online

Gosip Wartawan Punca Aidil Cerai Rita?

Rita


Gosip Wartawan Punca Aidil Cerai Rita?


Siapa tidak kenal dengan wartawan Zubir Berita Harian (BH). Hampir saban minggu ada saja cerita sensasi dari kolum Zubir yang disiarkan di sisipan Bi-Pop menjadi bahan perbualan orang ramai.

Semalam, melalui ruangan kolumnya, Zubir telah menyiarkan komen-komen Rita Rudaini mengenai hubungan Aidil Zafuan dengan wanita yang didakwa sebagai kekasihnya iaitu Zarema Zainal. Menurut laman RotiKaya, Rita dilaporkan sebagai berkata:-

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya,” kata Rita.

Ada kemungkinan komen-komen ini yang menyebabkan berlakunya ‘perang SMS’ antara Aidil dan Rita, sehingga akhirnya tertulis ungkapan cerai oleh Aidil melalui SMS. Malah, di Instagram milik Zubir BH, wartawan itu dikatakan mengeluarkan teks mendakwa Aidil telah mengungkapkan lafaz cerai menggunakan SMS kerana gosip mengenai Aidil dan Zarema yang tersiar di Bi-Pop semalam.

Menurut Zubir, ia turut disahkan Rita setengah jam sebelum teks tersebut dimuat naik. Ada kemungkinan Aidil hilang sabar berikutan komen tersebut? Apa pendapat anda? – Beautiful Nara

Black Dakwa Ditipu Perunding Perkahwinan

Black Dakwa Ditipu Perunding Perkahwinan


Black Dakwa Ditipu Perunding Perkahwinan


Benar kata orang alam pertunangan banyak cabarannya.

Hubungan Hanifah Md. Hanafiah atau lebih dikenali dengan panggilan, Black dan tunangnya teruji di saat-saat akhir apabila pasangan ini ditipu oleh perunding perkahwinan yang telah diupah oleh mereka.

“Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil,” kata Black ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Artis 8 Unit & Monkey Bone di Hotel Maya, Kuala Lumpur, baru -baru ini.

Pertemuan terakhir antara Black dan perunding perkahwinan itu adalah pada 3 Julai lalu dan dia berjanji untuk memulangkan baki RM30,000 yang dibayar oleh Black. Penyanyi tersebut mula hilang kepercayaan kerana perunding perkahwinan terbabit mengambil pendekatan untuk berdiam diri setelah dia membayar wang pendahuluan sebanyak RM15,000.

Jelas Black, dia memilih perunding perkahwinan terbabit atas dasar ingin membantu rakan yang ingin berbisnes, namun terkilan kerana diperlakukan sebegitu. Ini kerana sejumlah wang yang dibayar oleh Black tersebut merupakan hasil titik peluhnya mencari rezeki sebagai anak seni.

“Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini,” katanya.

Enggan membesarkan isu ini, Black menyeru agar pihak yang terlibat tampil membuat penjelasan serta membayar balik baki RM15,000 yang telah diambil. Ekoran insiden tersebut, Black telah menyerahkan kepada pihak pengurusannya untuk merancang majlis perkahwinannya itu.

“Di atas permintaan pihak pengurusan, sebuah sidang media bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan tarikh, lokasi serta pelbagai informasi mengenai perkahwinan saya itu nanti. Saya berbesar hati kerana mereka memilih untuk membantu menguruskan perkahwinan saya,” ujar Black lagi.

Bagaimanapun, Black menafikan perkahwinannya mendapat penajaan sepenuhnya. Sebaliknya perbelanjaan dikongsi bersama pihak pengurusannya, Monkey Bone. Masih dalam perancangan, perkahwinan Black itu nanti bakal disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen popular.

Izara Bina Jurang Dengan Peminat, Media

Izara Aishah


Izara Bina Jurang Dengan Peminat, Media


Pelakon cantik, Izara Aishah menyatakan pendirian mahu membina jurang di antara dirinya dengan pihak media serta peminat ekoran mahu membezakan di antara kehidupan glamor dan peribadi miliknya.

Tindakannya itu dilihat sebagai salah satu cara profesionalisme yang mahu diterapkannya agar kerjayanya selepas ini tidak lagi dihimpit dengan cerita-cerita kontroversi yang hangat.

“Saya mahu masyarakat tahu kerjaya dan peribadi saya adalah dua perkara berasingan yang tidak boleh dicampur-adukkan.

“Sebelum ini, mungkin kerana saya bersikap terbuka dan banyak berkongsi cerita dengan orang ramai sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Bagi saya, hubungan baik artis dengan media dan peminat perlu ada batasnya,” katanya memetik kenyataan Harian Metro.

Anak jati kelahiran Johor Bahru ini turut menegaskan bahawa langkah yang diambilnya itu bukanlah bermaksud sudah merasakan dirinya gah atau hebat namun mahu semua pihak enggan mengambil kesempatan di atas sikap berlembut dan terbukanya seperti sebelum-sebelum ini.

Tahun lalu, nama Izara pernah dikaitkan dengan kontroversi tarian mengghairahkan yang mendapat kritikan hebat di kalangan peminatnya sekali gus mencalarkan imej baik pelakon ini suatu ketika dahulu.

Syukur, Lagu Raya Faizal Dan Watsons

Faizal


Syukur, Lagu Raya Faizal Dan Watsons


Selepas dilantik menjadi duta rangkaian kedai kecantikan dan kesihatan Watsons, penyanyi terkenal, Faizal Tahir tampil dengan lagu raya terbaru nyanyiannya yang dirakam di salah sebuah francais kedai tersebut.

Lagu raya yang diberi judul Syukur itu menampilkan muzik raya yang segar dan sesuai dijadikan halwa telinga ketika anda sekeluarga pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran Syawal pada tahun ini.

Syukur ialah sebuah lagu raya berdasarkan azam raya yang dimuat naik oleh pelanggan Watsons menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

Jom layan dulu video Syukur nyanyian penyanyi yang sinonim dengan gelaran Superman Malaysia ini.

Siti Sarah Tidak Mampu Lupakan Arwah Ibu

Sarah


Siti Sarah Tidak Mampu Lupakan Arwah Ibu


PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih bersedih atas kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu.

Sarah, 30, berkata, air matanya sentiasa mengalir jika teringat atau bercakap tentang Allahyarham.

“Pemergian ibu saya pada Jun lalu sangat memberi kesan sehingga saat ini pun saya tidak boleh bercakap tentang dia kerana perasaan sedih akan muncul.

“Begitu juga dengan ayah, dia sangat tertekan sejak ibu meninggal dunia.Disebabkan itu saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor untuk temani ayah,” katanya ketika kepada mStar Online.

Isteri kepada pelawak Shuib (Sepah) ini merancang untuk kembali ke pentas nyanyian bagi melupakan kesedihan tersebut.

“Insya-Allah saya akan kembali menyanyi, mungkin dengan cara itu dapat mengubat rasa sedih yang terlalu memikirkan pemergian ibu.

“Saya bersyukur mendapat suami yang memahami dan sentiasa menyokong apa juga tindakan saya. Arwah juga menggalakkan untuk saya kembali semula aktif menyanyi,” katanya.

Sementara itu, Sarah yang baru melahirkan anak kedua iaitu Dzahira Talita Zahra pada tiga bulan lalu mengakui semakin cekap menguruskan hal berkaitan bayi selepas mengambil kursus jangka pendek di sebuah pusat penjagaan.

“Kita mungkin rasa tidak penting untuk mengambil tahu tentang perkembangan bayi, tapi sebenarnya ia sangat membantu kita apabila berlaku perkara tidak diingini.

“Banyak yang dipelajari dalam hal penjagaan bayi. Ketika anak kedua saya sakit kuning saya boleh merawatnya sendiri tanpa ke hospital melalui beberapa kaedah yang diajar,” katanya.

Jelas Sarah, dia dan suami mengambil kursus dua hari tersebut sebelum lahir anak sulungnya, Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan. – mStar Online

Tomok Akui Anaknya Lebih Popular

Tomok


Tomok Akui Anaknya Lebih Popular


Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengakui anak sulungnya Arrian Shah Akid lebih popular daripada dirinya.

Ini berikutan ke mana-mana sahaja mereka berdua berada, kebanyakan peminat lebih teruja berjumpa dengan Arrian berbanding dirinya.

Anak Tomok mula popular selepas penyanyi itu sering memuat naik gelagat comel Arrian di laman sosial Keek.

Menerusi Astro Awani, walaupun Tomok sering berkongsi video dengan peminatnya namun dia juga menghadkan serta sentiasa berhati-hati dengan kandungan video yang akan dipaparkan kepada umum.

Dalam perkembangan lain, Tomok kini sedang sibuk dengan pembikinan album Manifesto selain bakal muncul dengan album solo terbarunya tahun hadapan.

Elly Mazlein Nafi Sudah Putus Tunang

Elly Mazlein


Elly Mazlein Nafi Sudah Putus Tunang


KUALA LUMPUR – Bermacam-macam cerita yang didengar mengenai Elly Mazlien. Ada kata pelakon cantik ini telah putus tunang dengan Azmi Hatta setelah lebih kurang dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu. Ada yang mengatakan kesibukan mereka di lokasi antara punca keretakan hubungan itu.

Ada juga yang meniupkan cerita mengatakan Elly Mazlien kuat cemburu dan membuatkan pengarah drama berusia 37 tahun itu tidak tahan dengan karenah tunangnya yang juga penyanyi itu. Ketiak ditemui, Elly Mazlein yang pernh popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu hanya memberikan jawapan sinis kepada andaian peminat mengenai statusnya kini.

Dia menyatakan bahawa hubungan mereka masih seperti biasa cuma dia masih belum menemukan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Elly Mazlien ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran album sempena Aidilfitri oleh KRU Music di Hotel Peninsula, Damansara baru-baru ini.

“Kepada yang membuat andaian dan lebih tahu mengenai hal peribadi saya sekarang, saya hanya boleh cakap kepada mereka adalah ‘anda boleh cuba lagi’. Apa sahaja hal peribadi saya kalau saya mahu kongsi, saya akan cerita. Tetapi kalau sekadar andaian dan bukan saya cakap sendiri, jawapannya adalah ‘anda boleh cuba lagi’.

“Hubungan saya dan dia(tunang) masih seperti biasa. Kami berdua sibuk mencari duit dan masing-masing memahami kerjaya masing-masing. Semasa masih kuat saya mahu cari rezeki untuk masa hadapan saya, begitu juga dengan dia.

“Semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Insyallah, jika sudah ada masa yang sesuai dan kami sudah bersedia, saya akan beritahu anda-anda semua yang berada disini (media) untuk datang ke hari bahagia saya nanti.

“Maaflah kepada mereka yang membuat andaian dan sekadar meneka status saya kerana jawapan saya adalah ‘anda boleh cuba lagi’,”ucap Elly dalam nada sinis dan berjenaka ketika ditanyakan mengenai statusnya dengan pengarah drama itu setelah bertunang pada Mei 2011. – Murai

Nadiya Nissa Azam Jadi Penulis Skrip

Nadiya Nissa


Nadiya Nissa Azam Jadi Penulis Skrip


PETALING JAYA – Pelakon Nadiya Nissa meletakkan tempoh masa sehingga lima tahun lagi untuk menjadi penulis skrip profesional.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 28, berkata, impian itu sudah lama diinginkan namun masih lagi mempelajari selok-belok penulisan skrip sebelum benar-benar menghasilkan sebuah karya yang bermutu untuk tontonan umum.

“Lima tahun lagi, usia saya 33 tahun. Dan pada ketika itu saya mahu pastikan kemahiran menulis skrip sudah ada dalam diri.

“Memang sudah lama saya idam untuk hasilkan skrip dan setakat ini, ada beberapa idea yang saya rangka dalam buku. Insya-Allah tahun depan saya mula cuba kembangkan idea tersebut menerusi skrip yang dihasilkan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nadiya yang mengagumi karya Redza Minhat dan Wan Hasliza, dia juga masih belajar cara menulis plot cerita dengan baik menerusi tontonan drama dan filem.

Sementara itu, beritahu pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011 itu, dia bersyukur apabila melihat kerjayanya semakin berkembang sejak namanya popular menerusi drama Adam dan Hawa pada tahun itu.

Dalam tempoh dua tahun itu, Nadiya mengambil setiap peluang untuk menonjolkan bakatnya sebaik mungkin sehingga sanggup melupakan hasrat meluangkan masa lebih lama dengan keluarga.

“Dalam industri seni kita yang terlalu berkembang, saya harus mengambil peluang yang ada memandangkan orang tengah nak tengok lakonan saya. Mujurlah suami (Saiful Razman) dan anak (Omar) memahami kerjaya saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal muncul menerusi telefilem khas Aidilfitri, Baju Raya Kain Perca pada Raya keenam, pukul 4 petang di TV3 dan telefilem yang akan ditayangkan di Astro First berjudul Anugerah Dendam Yang Terindah menyaksikan gandingannya bersama Aaron Aziz. – mStar Online

Syafie Naswip Abai Pelajaran Kerana Lakonan

Syafie Naswip


Syafie Naswip Abai Pelajaran Kerana Lakonan


Dengan usianya yang sudahpun memasuki umur 21 tahun, bekas pelajar Sekolah Menengah Gombak Setia, Selangor ini mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi hanya semata sayangkan bidang lakonan.

Tambah anak muda warga kota ini juga tawaran lakonan menarik yang diterimanya pada ketika ini menjadi alasan kukuh kenapa dia nekad tidak mahu mengikuti jejak rakan sekelasnya ke Universiti.

“Kalau ikutkan saya dari tahun lepas saya dah nak sambung belajar, tapi tulah time dah pasang niat nak belajar inilah tawaran lakonan datang. Yang buat saya tak boleh tolak tawaran tu sebab watak yang dibagi memang semua best-best, rugi pula saya rasa kalau tolak.

“Itu sebab kenapa saya tangguhkan dulu niat nak sambung belajar. Bagi saya lebih elok untuk fokuskan dulu kepada bidang lakonan kemudian baru sambung belajar,” katanya.

Jelas Shafie juga keputusan ini tidak mendapat halangan dari keluarga kerana kedua ibu bapanya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada dirinya untuk merancang masa depan sendiri.

“Alhamdulillah ibubapa saya faham dengan sikap saya dan diorang pun tidak ada mendesak saya untuk suruh sambung belajar. Kata diorang pandai-pandai la saya nak rancang masa depan sendiri dan jika tiada apa-apa halangan mungkin tahun depan saya akan sambung belajar,” jelasnya lagi. -Buahmulut

Eina Enggan Dikaitkan Dengan Afiq Lagi

Eina Azman


Eina Enggan Dikaitkan Dengan Afiq Lagi


Beberapa bulan dahulu, nama Eina Azman, 18, dan Afiq Muiz menjadi hangat disebabkan konflik kekeluargaan yang dialami oleh aktor muda itu.

Eina yang dikatakan ‘teman tapi mesra’ Afiq kini mengambil pendekatan enggan lagi namanya dikaitkan dengan jejaka berusia 21 tahun itu.

“Eina kata begitu bukan bermakna hubungan Eina dengan Afiq tidak baik lagi. Tetapi Eina sedih apabila ada di antara kenyataan Eina diputar belit dan sudahnya Eina yang nampak bersalah serta teruk dihentam.

“Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Menerusi perbalahan Afiq dan ibunya, Hasliza Mohd, Eina dikatakan mahu menyaman wanita tersebut kerana dikatakan telah mencemarkan nama baiknya dengan menuduh Eina sebagai kaki kikis.

Namun, Eina enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu selain dia turut melahirkan rasa kesyukuran di sebalik orang luar mengutuknya, dia masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang teguh memberi sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah kerana masih ada yang sayang Eina. Dalam pada ada yang marah-marah, ada juga yang memberi sokongan. Kehidupan Eina pun baik sahaja sekarang,” katanya.

Friday, August 2, 2013

Kerana Fizz Fairuzz, Almy Nadia Buat Ibu Menangis

Almy Nadia


Kerana Fizz Fairuzz, Almy Nadia Buat Ibu Menangis


Pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah mengakui pernah membuatkan ibunya, Roshida Hashim menangis gara-gara luahan hatinya untuk tidak mahu mempunyai insan bernama lelaki lagi dalam diari hidupnya. Kata-kata itu diluahkan selepas hubungan cintanya dengan pelakon Fizz Fairuz kecundang di tengah jalan.

“Apa yang berlaku membuatkan saya menangis kerana saya tidak kuat untuk menghadapinya. Malah, saya juga pernah terfikir untuk tidak mahu ada lelaki lagi dalam hidup saya. Namun, kata-kata saya itu telah membuatkan ibu saya menangis kerana ibu memberitahu jika kita sakit, kita perlu insan yang bernama suami atau lelaki untuk menjaga kita,” ujar Almy.

Almy ketika ditemui di Rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini juga turut memberitahu dia sudah melupakan kisah yang berlaku antaranya dengan bekas kekasih dan mengakui kini menerima Fizz sebagai kawan.

“Saya pernah meletakkan Fizz sebagai musuh saya dalam industri, namun saya berfikiran positif dan menerimanya sebagai kawan. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa kerana sebagai hamba Allah, saya kena berkawan dan berbuat baik dengan semua orang. Saya kurang berkawan dengan rakan artis yang lain. Tetapi sebab dia bekas kekasih saya, saya berkawan saja. Alhamdulillah, kami tiada masalah untuk berkawan. Malah, kami juga turut bekerjasama dalam program ‘Seiring Sejalan Raya’,” ujar Almy memberitahu tidak terfikir untuk kembali semula kepada Fizz.

“Tidak pernah terlintas langsung soal kembali balik kerana jika terlalu memikirkan mengenai hal ini, macam meletakkan harapan saja. Saya serah kepada Allah kerana jika terlalu mengharap kita boleh kecewa. Lagipun, soal kembali balik ini benda yang ke-100 saya nak fikir sebab banyak lagi perkara lebih penting seperti keluarga serta kerjaya yang perlu saya fikirkan,” ujar Almy lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon yang bakal meraikan sambutan Aidilfitri di kampung halamannya, Pulau Pinang ini turut menganggap apa saja yang berlaku dalam kehidupannya sejak kebelakangan ini sebagai kehendak Ilahi.

“Satu persatu dugaan yang menimpa saya. Selepas putus cinta, rumah keluarga saya terbakar, ibu saya terjatuh di bilik air sehingga tulang rusuk kanannya patah dan baru-baru ini, anak saya pula demam panas. Namun, Alhamdulillah dugaan ini membuatkan saya lebih kuat. Jika saya tidak berfikiran positif, saya rasa boleh jadi gila agaknya. Saya sentiasa letak dalam fikiran yang Allah bagi dugaan ini sebab tahu saya boleh menghadapinya.”

Benjy Sah Ceraikan Safiya Dengan Talak 1 Kali Kedua

Benjy


Benjy Sah Ceraikan Safiya Dengan Talak 1 Kali Kedua


Pelakon drama, Benjy menceraikan isterinya buat kali kedua, Safiyya Stephanie Kar Leng Lee, 30, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Khairul Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 pagi selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, dan Safiya dilihat tenang sejurus lafaz cerai dibuat.

Sebelum itu hakim telah meminta kedua-duanya saling bersalaman dan bermaafan. Benjy juga dilihat sempat mencium dahi Safiya buat kali terakhir.

Mahkamah telah menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah dan memerintahkan Safiya untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Dalam pada itu anak lelaki tunggal dramatis terkenal, Azean Irdawaty ini berkata, dia bersyukur akhirnya segala telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupan barunya selepas ini.

Benjy turut menyatakan punca perceraian mereka adalah disebabkan tidak sehaluan lagi namun mereka masih berkawan baik.

“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai.

“Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Cintaku Saerah ini berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee yang merupakan seorang mualaf pada 9 Februari 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Untuk rekod, Benjy dan Safiya pernah bercerai pada 7 Julai 2008 dengan talak satu dan kemudian pasangan ini telah merujuk semula pada hari yang sama.

Benjy juga sebelum ini pernah didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram pada Mac, 2010 dan ditahan selama dua tahun di penjara.

Baru-baru ini Benjy sekali lagi didakwa atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 26 Jun lalu.

Fida Ibrahim Teruskan Pendirian Sertai AF

Fida Ibrahim Teruskan Pendirian Sertai AF


Fida Ibrahim Teruskan Pendirian Sertai AF


PENYANYI dan pelakon Rafidah Ibrahim tetap meneruskan hajat dan pendiriannya menyertai program realiti popular Akademi Fantasia 2013 walaupun penyertaannya itu mendapat kritikan sesetengah pihak.

“Inilah peluang untuk saya meneruskan karier nyanyian yang lebih baik untuk masa akan datang.

“Walaupun dah bergelar penyanyi, namun saya sebenarnya masih belum mahir dan kurang pengalaman,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sebelum ini tenaga pengajar AF, Cikgu Shafi mempertikaikan kemasukan Fida kerana dia dikatakan sudah mempunyai nama dalam bidang hiburan tanah air.

Mengulas mengenai komen Cikgu Shafi, Fida mengatakan, “apa saja komen diberikan Cikgu Shafi, saya anggap sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan dan tidak akan sesekali berundur setelah memutuskan menyertai program”.

Nama Fida dan seorang lagi pelakon, Arja Lee sudah disenarai pendek dan berkemungkinan besar mereka bakal menyertai program yang akan memulakan siaran bermula September ini.

Semoga maju jaya diucapkan buat Fida dan harapnya selepas menyertai AF, kerjayanya akan semakin berkembang mekar.

Aeril Lelaki Paling Rapat Dengan Saya Kini

Aeril Lelaki Paling Rapat Dengan Saya Kini


Aeril Lelaki Paling Rapat Dengan Saya Kini


NAMA pelakon kecil molek, Wawa Zainal kembali menjadi topik perbualan apabila dirinya kini dikaitkan bercinta dengan pelakon kacak Aeril Zafril.

Mereka dikatakan mula menyulam cinta sejak sama-sama berlakon dalam filem 99 Kali Rindu yang mengandingkan keduanya sebagai hero dan heroin menerusi naskhah tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan, “saya tak mahu uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat malu.  Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan dengannya.

“Sebenarnya tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah lama berkawan rapat dan dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya kini,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Saya Malu Dengan Farid Kamil – Tiz Zaqyah… KENAPA?

Tiz Zaqyah


Saya Malu Dengan Farid Kamil – Tiz Zaqyah… KENAPA?


Di matanya, aktor bernama Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikagumi. Dalam erti kata lain, gadis putih gebu ini sangat meminati gaya lakonan sekaligus dan menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.

Sementelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, Tiz mengakui malu, berdebar dan janggal setiap kali berdepan dengan bintang pujaan hatinya itu.

“Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia.

“Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa”, katanya yang sekali lagi melakonkan watak wanita bertudung.

Dicanang-canang bakal mencetus fenomena, Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan konflik dalaman suami, Aariz Danial (Farid) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz).

Drama yang turut dibintangi Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.

Sanggup Tak Beraya Demi Kucing

Dalam pada itu Tiz sempat berkongsi mengenai persiapan raya Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang lembaran, dia dan ayahnya akan sibuk mengemas rumah. Sementara ibunya pula akan menyediakan juadah hari raya. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan beraya di subang kemudian pulang ke kampung ayahnya, di Negeri Sembilan
dan selepas itu ke kampung ibu, di Melaka.

“Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.

Bagaimanapun penggemar juadah rendang ayam dan nasi impit ini, sambutan raya tidak diraikan terlalu beria sebaliknya hanya sederhana. Malah untuk pulang ke kampung pun hanya untuk sekejap kerana dia risau mahu meninggalkan kucing-kucing kesayangannya dalam tempoh yang lama.

“Kat rumah, kami ada 20 ekor kucing. Ada kucing biasa dan parsi. Asalnya kucing kat rumah dua ekor saja. Waktu umur saya sembilan tahun, kawan ayah saya yang hadiahkan kucing-kucing tu. Lama-lama membiak. Keluarga saya memang pencinta kucing. Saya juga ada bela sugar glider. Saya tak suka hantar di pusat jagaan, sebab banyak terjadi kes ngeri dan saya susah nak percaya pada mana-mana pusat jagaan binatang.

“Itu yang susah kalau nak balik kampung lama-lama. Jadi keluarga saya memang akan balik hari je lah ke kampung. Kami ke kampung ayah kemudian singgah kampung ibu dan malam balik semula ke Kuala Lumpur”, katanya yang membelanjakan sebanyak RM800 sebulan bagi membeli makanan binatang-binatang peliharaannya itu.

Meskipun risaukan kucing-kucing, kata Tiz dia tetap akan pergi beraya ke rumah kekasihnya, Daniel Haziq.

“InsyaAllah, pergi. Lagipun sepupu-sepupu dia adalah kawan-kawan saya juga. Jadi kami akan saling ziarah menziarah lah nanti”, ujarnya.
Related Posts with Thumbnails