
Pengacara Aznil Nawawi, 48, membuktikan dirinya merupakan seorang penghibur nombor satu negara apabila Konsert Hore Hore yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, Sabtu, berjayamenghiburkan lebih lapan ribu pengunjung yang hadir.
Pada acara tersebut Aznil berjaya menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, AkuPenganggur dan Salam Terakhir.
Selain itu, segmen bersama penonton sangat menghiburkan apabila gelagat Aznil bersama beberapa penonton yang dijemput naik ke pentas mendapat perhatian penonton yang hadir.
Konsert berdurasi dua jam itu juga menampilkan beberapa artis undanganseperti Saiful Apek, Zahid Af2, Ana Raffali, Altimet dan Lan The Typewriter.