Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Selangor Tersungkur Di Kota Bharu


Piya - Penjaring Gol Ke - 3 Kelantan

Video Kelantan vs Selangor ( Piala Malaysia - Suku Akhir )


Mohd Norfarhan Muhammad (m-13)



Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-24)



Muhd Badhri Radzi (m-79)

Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan meninggal dunia selepas menonton bola






SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.
Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.


sumber: utusan malaysia online
===============================================================
maaf bukan nk keruhkan keadaan tp nk tunjuk kebenaran....ni fb fan selangor yg ngaku pukol dak kelantan...

tgk sendiri la...



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs448.ash2/72174_157608397605135_100000679260261_331485_8204826_n.jpg


p/s : dush!!!!!!! kejam btul!

Wednesday, June 9, 2010

Abang Mat sepak di kotak penalti

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, semalam, diberitahu bahawa pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, dilihat menyepak bola yang sedang dipeluk seorang budak sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting, di padang Batu 30 dekat Batang Kali, pada petang 25 Februari lalu.
Saksi ketujuh pendakwaan, Muhammad Faleeq Hakimi Zazali, 16, berkata, dia melihat Mohd Fazli Azri Jamil melakukan perbuatan itu berdekatan dengan kotak penalti di padang permainan itu ketika sedang menyaksikan rakannya bermain bola sepak. Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor itu berkata, pada awalnya dia melihat Mohd Fazli, 28, yang dikenalinya sebagai Abang Mat naik angin selepas kanak-kanak itu tidak mendengar arahan supaya kembali membaling bola yang disepak ke arahnya. “Ketika saya tiba di padang itu, saya lihat Abang Mat sepak bola dan kemudian menyuruh budak perempuan itu mengambilnya semula. Saya nampak budak itu ambil balik bola itu dan kemudian membalingnya ke arah Abang Mat. “Abang Mat marah. Dia kata, kau tidak ada kaki ke nak bagi bola itu. Selepas itu, Abang Mat kemudian sepak bola itu ke arah budak itu. Budak itu ambil balik dan peluk bola dalam keadaan mencangkung. Abang Mat kemudian minta balik bola, tetapi budak itu diam menyebabkan Abang Mat terus sepak bola yang dalam pelukan kanak-kanak itu. “Budak itu terus terpelanting,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes Mohd Fazli yang didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu. Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Halim Mohd Rashid dan Zureen Alina Mohd Dom, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.
Muhammad Faleeq berkata, Abang Mat kemudian menyeret tangan budak itu selepas melihat kanak-kanak yang terpelanting berkenaan enggan berdiri semula seperti yang diarahkannya. Katanya, dalam keadaan itu, budak itu hanya mampu menjerit kesakitan apabila Abang Mat mencampaknya ke luar padang. “Dia kemudian tarik tangan budak itu supaya bangun, tetapi kanak-kanak itu terjatuh semula. Abang Mat suruh budak itu duduk sebelum dia bertindak memijak perut dan menyepak bahu kiri kanak-kanak itu,” katanya. Pada peringkat itu, katanya, dia bergegas ke tempat kejadian, namun tindakannya mengundang kemarahan tertuduh yang memberitahunya, ‘Kau jangan sibuk, nanti kau yang akan aku buat macam ini.’ Sementara itu, saksi kesembilan pendakwaan, Muhammad Sanusi, 15, berkata dia melihat seorang budak perempuan terkena pintu teksi milik Mohd Fazli yang ditutup tertuduh selepas kanak-kanak itu enggan keluar dari kenderaan itu pada petang kejadian.


Menurut saksi, tertuduh sebelum itu datang ke padang berkenaan dengan menaiki teksi dengan dua budak, satu daripadanya perempuan yang bertubuh agak besar berbanding satu lagi kanak-kanak lelaki yang masih kecil yang dikenalinya sebagai Amy. Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan, Muhammad Nur Afiq Othman berkata, 15, pada petang sama, dia melihat Mohd Fazli memarahi seorang budak perempuan kerana tidak mahu menjaga budak lelaki bernama Amy berikutan tertuduh mahu bermain bola. “Abang Mat kata, Pia kau jagalah Amy, karang aku pijak dengan kasut but ini,” katanya. Perbicaraan bersambung hari ini.

Thursday, June 3, 2010

Pemuda maut kemaluan terputus

KUCHING: Seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut akibat kemaluannya terputus selepas motosikal dinaikinya bersama seorang rakan merempuh bahagian belakang jengkaut di Jalan Pusa-Kampung Tuie dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang berdekatan Kampung Saraban, Satuan Esai, 23, cedera parah akibat bahagian kelengkangnya cedera, manakala pembonceng, Mohd Afri Senawi, 20, patah tangan kanan kanan.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Bukhori Saffai, berkata ketika kejadian mangsa baru selesai membeli barang di pekan Pusa dan dalam perjalanan pulang.


"Berikutan keadaan cuaca yang gelap, mangsa bersama rakannya tidak melihat separuh badan jengkaut berada di atas jalan, menyebabkannya merempuh bahagian belakang jentera itu.

“Pemeriksaan lanjut di Hospital Betong mendapati bahagian kelengkang mangsa cedera teruk, manakala kemaluannya putus," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

28 jam rasai azab Palestin

ASHWAD menghubungi Kuala Lumpur sejurus tiba di  Jordan, semalam.
ASHWAD menghubungi Kuala Lumpur sejurus tiba di Jordan, semalam.
  • Diacu laser raifal ke dahi
  • Merangkak celah mayat
  • Tak diberi makan, minum
  • Tangan diikat sampai kebas

  • KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.
    Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.

    Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.

    “Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
    Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.

    Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.

    Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.

    Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.

    Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.

    Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.

    Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.

    Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.

    Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.

    Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.

    Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.

    Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.

    Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.

    Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.

    Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.

    Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.

    Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.

    Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.

    Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman
  • Tuesday, June 1, 2010

    Semua rakyat M'sia di kapal Rachel Corrie selamat

    Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.

    Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.

    "SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di Kuala Lumpur.

    Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

    Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

    Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

    "Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

    Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

    - Bernama

    creadit to :MalaysiaKini

    Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

    Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

    Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

    Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

    Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

    Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

    Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

    Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

    Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

    "Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

    Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.




    Creadit to : MalaysiaKini

    Monday, May 31, 2010

    Kerajaan Selangor larang judi bola sepak


    SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan
    mana-mana premis di negeri ini menjalankan operasi aktiviti perjudian atau
    pertaruhan bola sepak, kata Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Walaupun lesen perjudian bola sepak itu telah dikeluarkan oleh kerajaan

    persekutuan, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai
    kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak yang beroperasi di negeri ini,
    katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilapor berkata
    Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk
    menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

    Abdul Khalid berkata: "Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat
    permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola
    sepak.-SuaraPeople

    Saturday, May 29, 2010

    [PANAS]Pelajar Sekolah, Kakak Ditahan Reman Kes Sembunyi Kelahiran

    [Image: buanganak.jpg]



    SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

    Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

    Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini 9 pagi semalam manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.

    "Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang," katanya.

    Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA


    Info - http://mstar.com.my/



    JANGAN LAH ANDA TERJEBAK DALAM SEX BEBAS!!

    Friday, May 28, 2010

    Bunuh Orang,Simpan Daging Dalam Peti










    True Story From The Philippines !


    A
    young lady from the Southern Philippines has been killing people and
    kept their meat in her Refrigerator. She apparently enjoys eating human
    meat.


    She also said that she had many dinner parties for her
    relatives and Friends and gave them this human meat to eat without them
    knowing it.


    Her guests said that they found her cooking very
    good, but they did not know however what type of meat she was using.
    She is from the Philippines .


    She also killed her own
    husband to get the meat. She was eventually arrested by the police.
    They found the grisly chopped body parts as pictures attached .

    Beruniform ke kafe siber



    KUALA LUMPUR: Kerana ingin mengaut keuntungan, ada pengusaha kafe siber di ibu kota membenarkan pelajar yang berpakaian seragam sekolah memasuki premis perniagaan mereka walaupun menyedari ia menyalahi undang-undang.




    Tinjauan di beberapa kafe siber mendapati premis berkenaan membenarkan pelajar yang memakai uniform sekolah memasuki premis itu sewenang-wenangnya.


    Tinjauan di kafe siber di Jalan Ipoh di sini, jam 1 tengah hari hingga 2 petang, baru-baru ini mendapati kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada pelajar dengan majoritinya memakai pakaian seragam sekolah menengah.


    Ketika tinjauan, kebanyakan pelajar asyik bermain permainan video dengan ada antara kafe siber mengenakan bayaran RM2 satu jam. Tidak ketinggalan, mereka turut menawarkan pakej istimewa dengan harga RM5 (tiga jam), RM7 (lima jam), RM8 (lapan jam) dan RM10 untuk 10 jam.


    Difahamkan, terdapat lima sekolah iaitu masing-masing dua sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan berkenaan. Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai P K Chong, 38, berkata, hampir setiap hari dia melihat pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki kafe siber sama ada berkumpulan mahu pun seorang diri.


    Menurutnya, seawal jam 10 pagi kafe siber terbabit dikunjungi pelajar sekolah. Ada kalanya, mereka berkumpul di depan kafe siber sebelum memasuki pusat Internet berkenaan.


    “Saya sering melihat pelajar keluar dan masuk ke dalam kafe siber terbabit. “Ada antara kafe siber terbabit pernah diserbu polis dan pihak sekolah, tetapi semuanya bersifat sementara apabila mereka terus membenarkan pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki premis mereka,” katanya.


    Chong berkata, isu ini tidak sewajarnya dipandang ringan dengan pemantauan pihak berkaitan perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya tidak menimbulkan gejala sosial pada kemudian hari.


    Malah, katanya, kehadiran mereka bukan hanya membuang masa, tetapi membazir wang memandangkan kebanyakan mereka menghabiskan masa bermain permainan video dengan ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak mereka.


    Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihak kafe siber tidak sewajarnya hanya mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira tanggungjawab mereka kepada masyarakat.


    Beliau berkata, isu pelajar memakai seragam sekolah memasuki kafe siber tidak seharusnya berterusan kerana ia memberi kesan buruk kepada pelajar.


    p/s : teringat masa muda-muda dulu...cc je menjadi tempat pilihan..hehe :)

    PDRM tingkat 'rondaan' dalam internet

    KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan 'rondaan dalam internet' menerusi Bahagian Cyber Crime (Jenayah Siber) Bukit Aman bagi membanteras perbuatan menyalahi undang-undang, termasuk cubaan menjejaskan keselamatan negara melalui laman sosial yang semakin berleluasa.

    Difahamkan, Bahagian Cyber Crime Bukit Aman yang mirip peranan Cyber Cops (Polis Siber) di Amerika Syarikat itu, turut ditugaskan memantau blog dan web, perkhidmatan dalam talian serta jaringan komunikasi dan multimedia lain, termasuk menangani penipuan terhadap pengguna internet.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata usaha itu dilakukan bagi menangani pelbagai jenayah di internet di samping membendung trend ugutan berbaur ancaman dalam laman sosial, Facebook yang semakin meningkat sejajar perkembangan pantas teknologi maklumat.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata usaha itu dilakukan bagi menangani pelbagai jenayah di internet di samping membendung trend ugutan berbaur ancaman dalam laman sosial, Facebook yang semakin meningkat sejajar perkembangan pantas teknologi maklumat. Beliau berkata, Bukit Aman juga sentiasa meningkatkan hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia bagi memantau pelbagai aktiviti di internet yang boleh dikategorikan sebagai jenayah siber.

    “Pemantauan sentiasa ditingkatkan menerusi Bahagian Cyber Crime Bukit Aman. Bagaimanapun, mereka yang menerima ugutan melalui laman sosial serta menjadi mangsa salah laku di internet perlu tampil membuat laporan polis supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjalankan siasatan dan mengesan pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

    Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan pengguna internet, termasuk remaja yang menyalahgunakan kemudahan itu terutama menerusi laman sosial dan blog untuk menabur fitnah serta membuat ancaman berbaur ugutan terhadap pelbagai pihak.

    Sebelum ini, pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat dua laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Facebook. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut menerima ancaman sama.
    Malah, ada juga pengguna internet menggunakan laman blog bagi menghina institusi Raja, selain menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Selain itu, kegiatan mencuri identiti pengguna internet serta kes penipuan dan pelaburan haram juga dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini.

    Sementara itu, Musa meminta pengguna laman sosial dan pengendali blog serta web supaya menggunakan kemudahan itu dengan berhemah dan tidak menyalahgunakannya sehingga mencetuskan rasa kurang senang pengguna internet di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.



    p/s: nnt xpasal2 nk blogging pun kena pakai lesen?

    Wednesday, May 26, 2010

    Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs!

    Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang

    pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai.
    Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan,
    kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun,
    para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs.
    Namun tidak disedari musibah yang ada yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

    Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular
    kini terdapat sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya. Bukan setahun 2 crocs ini
    ertapak di bumi Malaysia.
    Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH,
    lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tumit kaki kita.

    Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs.
    Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya.
    Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka.
    Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat,
    sudah pasti menyukainya.
    Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak.
    Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

    Baiklah, sila lihat gambar di bawah :


    Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan?
    Sudah pasti kamu berkata :"Ah..ada-ada saja kamu.
    Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

    Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan
    kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola.
    Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin,
    akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad.
    Apa maksudnya?
    Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah.
    Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan
    dan dipusingkan beberapa darjah dari sudut 180 darjah.



    Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan?
    Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :

    Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan?
    Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel,
    tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

    Nota :

    "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
    kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120


    a) Aku ada sepasang kasut Crocs.
    Makanya, aku akan menghilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau.
    Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
    b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
    c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau.
    Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
    d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a)
    dan pilihan (b).
    e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga,
    aku cukup-cukup mengalukan.
    f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
    g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua.
    Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.

    Nota terbaru :

    a) Ini laman web rasmi Crocs : http://www.crocs.com/home/homepage,default,pg.html

    b) Crocs, Inc diasaskan oleh usahawan bernama George B. Boedecker, Jr. untuk mengeluar dan mengedarkan kasut jenis clog plastik (Clog ialah sejenis kasut yang diperbuat daripada kayu). Plastik itu dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu Foam Creations. Pada awalnya kasut tersebut dihasilkan sebagai kasut spa dan produk pertama yang dikeluarkan Crocs ialah Crocs Beach pada tahun 2002, jenis yang paling banyak sangat kita nampak sekarang.

    Crocs, Inc telah membeli Foam Creations dan seluruh operasi pengeluarannya demi menjamin hak ekslusif keatas bahan yang digunakan untuk membuat plastik tersebut iaitu foam resin. Crocs telah mendaftarkan paten kasutnya pada Februari 2006. Selepas ianya didaftarkan Crocs, Inc telah memfailkan saman kepada beberapa syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan produk dan rekabentuk yang hampir sama dengan kasut Crocs. Produk-produk tiruan ini dikenali sebgai Crocs-offs. (
    http://www.azwananuar.com/info-tips/kasut-crocs.html)

    Thursday, May 20, 2010

    3 MALAM, 3 KONSERT, 1 TEMPAT !!!!!




    28-30 May, 2010, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.

    YOUTH'10 presents you 3 nights with 3 concerts with awesome performances:

    SUKI LOW
    Suki was the first winner of One in a Million competition at the age of 16, Malaysia's first ever reality singing competition.

    AZLAN & THE TYPEWRITER
    Led by Azlan, former frontman of meetUncleHussain led them to win the 'Best Song Award' at Anugerah Juara Lagu in 2008 and 'Best New Artist' at the 16th Anugerah Industri Muzik in 2009. Azlan & the Typewriter is currently holding the No.2 spot in Fly FM's top 10 Original Malaysian Music.

    BITTERSWEET
    Malaysia's Top Local Rock Indie Band. Bittersweet have been featured on MTV Asia and were the #2 Most Popular Band Polled by Indie Lovers since 2007.

    LAPSAP
    Malaysia's top DJ duo - DJ Goldfish and DJ Blink. Lapsap recently performed alongside Steve Aoki at UOX Play Finale, Heineken Green Room and more.

    CAPRICE
    At 22, Caprice is Malaysia's fastest rising urban youth icons, a rapper and an entrepreneur. Dj Ken Feat Caprice "In Love with Radio" is currently holding the No.1 spot on the Malaysian English Music Chart.

    P/S: Special Performance by YUNA

    YUNA who also performed at the Fly FM Campur Chart at YOUTH'09 will be coming back to YOUTH'10 again! Yuna was a huge winner at the recent prestigious Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010 awards, bagging four major honours - "Best Song", "Best Pop Song", "Best New Artiste" and "Best Local English Song".

    Also will be performing: TILU, KAY, SHARPSHOOTER, JOANNE & CO, FRIENDZ

    Tuesday, April 27, 2010

    'Adik bukan penjenayah'

    PILU...(gambar bawah) ibu Aminulrasyid turut di luar bilik mayat HTAR. Gambar atas arwah Aminulrasyid.




    KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.

    SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.
    SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.

    Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.


    “Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.


    “Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.


    Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya.


    Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.


    Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.


    Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.


    “Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki.

    “Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini.


    Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.


    “Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang.


    “Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.



    Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku.


    Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri.


    “Saya tak tahu siapa kawannya itu. Tapi kejadian ini amat tragis dan memilukan,” katanya, menambah kali terakhir berjumpa adiknya minggu lalu ketika menghadiri majlis hari jadi seorang sanak saudaranya.


    Turut berada di Rumah Mayat HTAR, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan timbalannya, Superintendan M Chandra.


    Jenazah Aminulrasyid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, selepas solat Maghrib.

    Sunday, April 4, 2010

    Watch BUNKFACE tonight live at tv3


    Watch BUNKFACE tonight live at tv3, 9pm , for Anugerah Bintang Popular 2009!! Bunkfce will be performing as opening act, so don't be late!

    Jom kasi pecah (the ante upped)

    The first time I’ve seen Aidil performed was under the moniker Bubby & Flo, at a gig organised by the students of the University of North London held at The Rocket on Holloway Road, back in 1998. I remembered that the organisers were going on about the singer/guitarist of Bubby & Flo already having a band (with a demo or two to boot) back in Malaysia. Bubby & Flo played a chilled set of 60’s Motown-esque covers (if my memory serves me correct – also, I am not sure if they played an original tune), with Aidil playing a right-handed Epi Slash Les Paul (complete with the Snakepit logo) upside down, backed by another guitarist and a drummer. Yup, no bassist was in sight. Little did I know then that the band he fronted back in Malaysia was called Couple (in its primordial form) which would go from strength to strength in the decade to come.

    Tuesday, March 16, 2010

    Pemain bola sepak Mesir



    Pemain bola sepak Mesir dikecualikan berpuasa???

    KAHERAH - Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.

    Namun begitu, pemain-pemain bola sepak tersebut enggan berbuat demikian meskipun telah diberi kelonggaran.

    Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir.

    Kejohanan antarabangsa itu dijadualkan bermula 23 September ini iaitu selepas beberapa hari berakhirnya bulan Ramadan.

    Keputusan yang diambil oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada beberapa buah negara yang tidak mahu bertolak ansur dalam isu ponteng puasa.

    Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'.

    Oleh demikian, amalan berpuasa tersebut tidak akan mengganggu sesi latihan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan bawah 20 itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Alaa Abdel Aziz.

    "Namun begitu, pemain-pemain telah bertindak menolak kelonggaran tersebut. Mereka berkeras untuk meneruskan puasa," kata Alaa.

    Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain.

    Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.




    Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm.

    Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi.

    Namun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Barisan Cendekiawan Al Azhar, kumpulan pemikir dasar Islam.

    Kumpulan itu menyatakan: "Bermain adalah bermain. Ia bukan daripada bahagian kehidupan yang penting dan membolehkan golongan itu berbuka di bulan Ramadan," katanya. - AFP

    Monday, February 22, 2010

    CPAC: Ron Paul Wins 2012 Straw Poll

    Loony tune Ron Paul won today's CPAC straw poll on potential 2012 GOP presidential candidates. CPAC's annual straw poll is a closely watched indicator of the rising or falling stars of conservative politicians, although its results aren't necessarily predictive of future electoral success.
    A libertarian from Texas who has railed against spending and the Federal Reserve, Paul won the Saturday contest at the Conservative Political Action Conference with 31 percent backing. He has sought the presidential nomination in the past and attracted a following among a segment of voters frustrated with Washington. Paul spoke at the conference along with potential presidential candidates former Gov. Mitt Romney of Massachusetts and Gov. Tim Pawlenty of Minnesota. Romney won second with 22 percent, former Alaska Gov. Sarah Palin came in third with 7 percent and Pawlenty finished with 6 percent.

    Saturday, January 23, 2010

    Halim Kembali Pikul Tugas Penjaga Gol



    KOTA BHARU - Kelantan membuat kejutan apabila menyenaraikan semula penjaga gol berpengalaman Halim Napi (gambar) untuk menjaga gawang apabila meredah awal musim ini dengan langkah tidak menyakinkan.

    Kemasukan Halim itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran aksi 'kurang cermat' Syed Adney ketika perlawanan menentang Kedah Selasa lalu yang menyebabkan Kelantan tewas.
    Ternyata pengalaman luas Halim, 39, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dalam kancah bola Malaysia masih diperlukan dan masih sukar ditandingi.

    Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Halim yang dipanggil semula membarisi The Red Warriors dijangka turun beraksi menentang pasukan Johor FC, Sabtu ini.

    "Tugasnya sebagai jurulatih akan digantikan bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 80-an iaitu Hamid Ramli yang pernah melatih skuad Melaka, ujarnya di sini, semalam.

    Annuar menambah, bagi menghadapi Johor FC, beliau telah mengarahkan Ketua Jurulatih, B. Sathianathan, untuk menurunkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

    "Kelantan dijangka turun dengan formasi yang berbeza bagi mengembalikan semula moral pasukan dan penyokong setia.

    "Saya melihat pertemuan ini bukanlah satu perlawanan mudah, ini kerana Johor FC adalah pasukan yang terkuat musim ini. Rekod musim lepas membuktikan bahawa kita tewas dalam kedua-dua pertemuan dalam Liga Super," jelasnya

    Annuar menjelaskan, dalam pertemuan semalam, kesemua pemain telah beriikrar akan berjuang habis habisan dan dijangka akan mempamerkan persembahan lebih mantap sabtu ini.

    "Indra, Farhan, Hairuddin dan S. Chanturu dijangka turun bagi mengepalai jentera serangan kelantan yang dilihat agak tumpul sebelum ini, tegasnya dalam satu kenyataan.

    Beliau juga memberitahu, satu solat hajat akan dilakukan di Masjid Tuan Haji Musa, Bukit Marak Bachok, Jumaat ini.
    Related Posts with Thumbnails