Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Penjelasan Karam Singh Walia terhadap video panasnya


Penjelasan Karam Singh Walia terhadap video panasnya,eh eh betul ke karam singh walia hina melayu?
ko orang dah tengok video nye? kalau blom jom usha video panas karam singh walia serta penjelasannya.


Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.



suarapeople : karam singh walia dah buat penjelasan,budak budak tu bila nak buat penjelasan plak ni?adoi!

Monday, October 18, 2010

Mizz Nina berpakaian 'sopan'

Siapa tidak kenal Mizz Nina. Mungkin di serata Asia dah mula mengenali Mizz Nina. Lagunya yang top seperti 'what you waiting for' sememangnya mengasyikkan remaja-remaja.Tapi tak sangka-sangka pula Mizz Nina kali ini berpakaian agak 'sopan'. Dia ditemui ketika Shout Award Nomination. Pakaiannya agak simple dan menutupi segalanya. Sebelum ini juga Mizz Nina ada berpakaian Melayu kurung. Memang manis lah dia berpakaian berkenaan, jarang dapat tengok nie.
Related Posts with Thumbnails