Showing posts with label najwa latif. Show all posts
Showing posts with label najwa latif. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Najwa Latif, Sleeq Di Sg. Wang Plaza 17 Julai 2013

Najwa Latif, Sleeq Di Sungei Wang Plaza 17 Julai 2013


Najwa Latif, Sleeq Di Sg. Wang Plaza 17 Julai 2013


KUALA LUMPUR – Artis Najwa Latif dan Sleeq akan membuat penampilan khas pada Majlis Perasmian dan Berbuka Puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza pada 17 Julai ini.

Sungei Wang Plaza dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua artis tersebut akan mempersembahkan lagu terkini mereka dan beberapa lagu raya pada majlis itu.

“Najwa Latif dan Sleeq akan turut berbuka puasa dengan tetamu dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong yang terdiri daripada 40 anak yatim,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemilihan Najwa Latif dalam program itu memandangkan beliau yang baru berusia 18 tahun tetapi mecapai begitu banyak kejayaan dalam industri muzik.

Manakala Sleeq yang dianggotai dua warga Singapura yang popular dengan muzik R&B dan Hip-Hop turut akan membuat persembahan bersama Najwa.

Kata kenyataan itu, lagu Sleeq mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan dan antarabangsa.

Tambah kenyataan itu, turut berlangsung pada majlis itu nanti adalah persembahan dikir barat, pertunjukan fesyen busana muslimah dan pertandingan dikir barat.

Sunday, November 27, 2011

Projek Pistol Terkejut Dapat Markah Tertinggi Top 5 Ke AJL 26



SHAH ALAM: Kumpulan Projek Pistol yang mencalonkan lagu Wanita Seluruh Dunia di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 minggu kedua terkejut apabila lagu tersebut mendapat markah tertinggi antara lima lagu yang dijangka ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 26.

Menurut vokalisnya merangkap komposer dan penulis lirik lagu tersebut, Boy Clifford, mereka seperti kebingungan apabila diumumkan sebagai calon ‘top 5’ oleh pengacaranya, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

“Mungkin tersilap dengar apabila mengatakan kami mendapat markah tertinggi. Bagaimanapun kami tetap bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih lagu ini.

“Pada mulanya memang kami mengharapkan agar lagu ini berjaya layak ke AJL 26 dan sebab itu kami membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh seperti berada di peringkat akhir.

“Boleh dikatakan kami kerap berlatih sepanjang dua bulan ini,” kata Boy dalam satu temubual selepas program tersebut berakhir.

Sama seperti Boy, pemain gitarnya, pemuzik dan komposer Edrie Hashim juga berasa bertuah apabila buat pertama kalinya membuat persembahan di AJL 26.

“Jika dulu, saya selalu gubah lagu untuk orang tetapi kali ini pertama kali saya membuat persembahan untuk AJL,” kata Edrie.

Selain Projek Pistol, empat lagi peserta yang dijangka bertanding di AJL 26 adalah Hazama menerusi lagu Cinta Teragung hasil ciptaan Kuncidemak, Aizat (Sungai Lui/ Aizat / Anas), Najwa Latif (Cinta Muka Buku/ Najwa Latif / Ika Latif) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda/ Monoloque).

Sementara peserta lain yang terpilih juga tidak menyangka dengan kelayakan itu sebaliknya menganggap peluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir itu sebagai medan untuk membuat persembahan semata-mata.

“Sebelum ini saya hanya mencipta lagu ini dengan kakak saya sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka tercalon untuk Muzik Muzik 26.

“Apabila sampai ke tahap seperti ini, saya hanya memikirkan untuk membuat persembahan yang terbaik. Jika layak ke peringkat akhir, alhamdulillah,” kata Najwa.

Bagaimanapun kelima-lima peserta top 5 itu agak terkilan apabila lagu Pokok ciptaan Taja dan Tun Teja yang dinyanyikan oleh Nubhan gagal terpilih.

“Walaupun saya tidak menyanyikan lagu Pokok, tetapi saya tetap berharap lagu itu terpilih ke AJL 26,” kata Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

Lagu-lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Kurnia nyanyian Mizz Nina & Noh Hujan ciptaan Noh Hujan, Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus), Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition), Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tomok) dan Ilusi (Adira/ Audi Mok).

Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Azhar Borhan selaku ketua juri.


Friday, November 18, 2011

Najwa Latif Selesa Dengan Imejnya


Najwa ketika mengadakan persembahan bersama Greyson Chance di AIM.


KUALA LUMPUR :  Penyanyi Youtube, Najwa Latif memberitahu selesa dengan imejnya bersesuaian dengan usia dan statusnya sebagai pelajar sekolah.

Najwa berkata, sebagai seorang yang bertudung dan masih memegang status pelajar sekolah dia perlu menjaga pemakaian kerana sentiasa menjadi perhatian umum.

"Saya masih baru sebagai seorang penyanyi dan masih menyesuaikan diri dan ketika ini saya rasa imej yang saya bawa bersesuaian dengan saya.

"Tambahan pula saya masih bersekolah dan perlu menjaga pemakaian kerana sedar menjadi perhatian umum dan paling penting saya selesa ketika menggayakan sesuatu pakaian itu," ujarnya.

Najwa ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di sini, Selasa.
Najwa ketika muncul di Anugerah Skrin.

Dalam pada itu, Najwa memberitahu dia gembira apabila video Cinta Muka Buku yang dimuat naik di dalam laman Youtube telah mencecah sebanyak empat juta penonton.

"Alhamdulilah sokongan daripada peminat dan penggemar lagu tersebut yang telah merialisasikan angka tersebut. Saya sendiri terkejut dengan angkat berkenaan," katanya.

Bakal muncul dengan video terbaru menerusi single keduanya, Carta Hati pada 20 November ini, Najwa berkata dia berharap peminat akan menyukai hasilnya nanti.

Sementara itu, bercakap mengenai duetnya dengan Greyson, Najwa berkata, dia cukup seronok berganding dengan penyanyi berusia 14 tahun itu.

Ujarnya, Greyson sendiri menyarankan agar mereka berduet dalam lagu Paparazzi nyanyian asal oleh Lady Gaga.

Najwa Latif  Buang Ayah ?

"Pada awalnya saya sangat gemuruh tetapi dia sangat mesra membuatkan saya selesa bekerja dengannya dan walaupun masih muda dia banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada saya," katanya.

Tuesday, October 4, 2011

Najwa Latif Buang Ayah


 

Belum pun setahun menempa nama dalam arena muzik tempatan, Najwa Latif dihambat kontroversi apabila gadis berusia 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, malah penyanyi Cinta Muka Buku ini, dikatakan telah membuang ayah kandungannya dalam kehidupannya. Perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.

Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.

Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.

"Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.

"Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja," katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.

Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.

"Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.

Related Posts with Thumbnails