Showing posts with label nora danish. Show all posts
Showing posts with label nora danish. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk – Nora Danish

nora danish bertudung - suarapeople

Akhirnya tuan punya badan bersuara jua. Pasti Nora Danish sendiri tidak tahan dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ini semua gara-gara Nora berkongsi gambar dirinya mengerjakan solat terawih menerusi Instagramnya sehingga dikatakan ingin menunjuk-nunjuk.

Seperti yang suarapeople jangkakan, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora kepada Sinar Harian:-
Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya

nora danish tarawih

Sukar sebenarnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Kongsi gambar pergi sembahyang kena kritik tak ikhlas. Kongsi gambar keluar malam kena kritik terlalu sosial. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Nasib baik la Nora nie jenis tak kisah sangat. Yang lagi seronok apabila Nora memberitahu hubungannnya dengan Fasha memang sudah baik.
Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa.

Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu?

 

Sunday, April 7, 2013

Gambar : Nora Danish & Yana Samsudin cantik bertudung



 

Wednesday, January 26, 2011

Gambar Mesra Nora Danish Dan Jejai Bercuti Di Jepun


Kemesraan jelas di wajah nora danish dan jejai...harap mereka akan kembali bersatu..jom tengok berberapa lagi gambar nora danish dan jejai  bercuti di jepun baru-baru ini..alahai..patut la si fasha sandra berbikini di indonesia! sumber gambar to : OhBulan

Thursday, October 21, 2010

Trailer dan Sinopsis Filem Cuti-Cuti Cinta



cuti-cuti cinta



Sinopsis:
Eava Ealiana (Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.


Wednesday, June 2, 2010

Nora Danish dan Skirt Pendek

Post  Image


Gambar di bawah ini dikatakan milik seorang artis muda, comel, kecik molek yang berstatus janda tak lain dan tak bukan Nora Danish. Menurut sumber, gambar ini diambil pada pukul 3 pagi ketika dia keluar makan di sebuah restoran yang tidak dikenali. Malah dia juga tidak keseorangan, dia ditemani beberapa orang rakan serta seorang jejaka yang tidak dikenali. Hmm teman baru ke..?
Nora Danish dan Skirt Pendek
Nora Danish dan Skirt Pendek
Nora Danish dan Skirt Pendek
Related Posts with Thumbnails