Showing posts with label simbol seks. Show all posts
Showing posts with label simbol seks. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

4,000 coli digantung di atas jambatan


Orang ramai berjalan di atas jambatan Hot Metal Bridge di bandar raya Pittsburgh yang digantung dengan 4,000 helai coli kelmarin.


 

 

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

Saturday, November 6, 2010

Pamela Anderson bakal bintangi filem Melayu?

Dr. Rozmey yang terkenal dengan produk pelangsingannya, Jus Mate 5
mempunyai target yang terlalu tinggi. Walaupun filem yang dihasilkanya
masih belum tentu dapat mengutip RM40 juta seperti yang diidamkan,
Dr.Rozmey ingin membuat satu lagi kejutan kepada masyarakat. 

Malah Dr. Rozmey juga sudah merangka projek tahun 2011 beliau
untuk menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filemnya..hmm..
Agaknya artis tempatan sudah pupus sampai artis 'simbol seks' pun
mahu ditawarkan berlakon filemnya..

bagi Suarapeople, Dr.Rozmey terlalu taksub ingin membuat
transformasi dalam industri filem negara sampaikan sasarannya
terlalu jauh sedangkan baru setahun jagung dalam industri.
ADA LAGI!!!!!!! TERUSKAN MEMBACA!!

Related Posts with Thumbnails