Friday, June 24, 2011

Kedai Rakyat cegah peniaga kaut untung lebih - Kedai Satu Malaysia


Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia kelmarin mendapat sokongan daripada persatuan pengguna yang rata-rata berpendapat ia dapat membantu orang ramai berjimat cermat dalam perbelanjaan harian mereka.

Menurut mereka, kewujudan kedai itu dilihat mampu menangani masalah penipuan yang dilakukan segelintir peniaga untuk mengaut untung berlebihan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

“Dengan wujudnya kedai seperti ini, pengguna mempunyai alternatif ketika membeli barangan keperluan asas pada harga lebih murah tetapi berkualiti.

“Tidak dapat dinafikan kedai berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai pelbagai implikasi positif terhadap rakyat serta ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Yusof berharap masalah kenaikan harga barang yang semakin menular dapat ditangani dengan pembukaan kedai berkenaan.

Beliau mengulas pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya kelmarin.

Monday, June 20, 2011

Pengganti Loceng Pintu


 


diaorang sangat kreatif kan.hahaha =)

Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail @ Pak Uda - Meninggal Dunia,Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda diatas pemergiannya pagi tadi... Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.... Al-Fatihah.....




Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.


Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.


Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...

Roti Buaya - Roti Paling Best

Pelik tapi benar, pengantin lelaki akan menghantar roti buaya sebagai hantaran wajib kepada pengantin perempuan mengikut adat betawi.

Bayangkan atas dulang hantaran, ada buaya macam kat bawah ni

 


Buaya Tak Jadi =.=



besor giler kan?


 



Jangan terkejut tiba-tiba atas dulang hantaran ada buaya dan kalau anda dapat roti buaya yang hangus ni agaknya pengantin lelaki bujang terlajak lah kot!

Thursday, June 16, 2011

Bapa Kepada Awie Meninggal Dunia

Al - Fatihah



Malam tadi,  dengar-dengar orang duk cakap bahawa bapa kepada penyanyi rock terkenal, Awie sedang nazak ekoran daripada kesakitan yang dialami sejak 2 tahun lepas. Pagi ini,suarapeople dikejutkan pula dengan berita bahawa bapa kepada Awie sudah kembali ke rahmatullah.

Sama-sama kita panjatkan Al-Fatihah buat arwah, takziah kepada Awie sekeluarga.

 

sumber : ohbulan
Related Posts with Thumbnails