Tuesday, May 28, 2013

Hubungan Shahrizal Jaszle & Tunang Masih Baik

Shahrizal Jaszle


Hubungan Shahrizal Jaszle & Tunang Masih Baik


Pelakon Shahrizal Jaszle yang telah ditangkap khalwat baru-baru ini, mendedahkan hubungannya dan tunang, Redzwani Puteri masih baik.

Ini dibuktikan dengan perkongsian video Keek yang menunjukkan mereka masih lagi keluar bersama dan kelihatan ceria dan gembira di antara satu sama lain.

Sebelum ini ramai mengatakan hubungan pertunangan mereka telah putus selepas kontroversi kes khalwat melibatkan Shahrizal dengan seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.

Harap-harap selepas ini Shahrizal tampil memberikan kenyataan untuk menjelaskan perkara sebenar yang membabitkan dirinya itu.

Johan As’ari Sudah Ada Kekasih

Johan As'ari Sudah Ada Kekasih


Johan As’ari Sudah Ada Kekasih


Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis, Johan As’ari mengakui kini dia dalam fasa mengenali hati seseorang dengan lebih dekat lagi.

Johan yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan aktres seksi Nabila Huda, menyatakan gadis itu adalah seorang warga kerja syarikat penyiaran yang sudah dikenalinya sejak dua tahun yang lalu.

“Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Mekah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat,” ulasnya

Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya tertarik kepada wanita tersebut, Johan berkata, “antara sebab utama saya sukakan dia kerana dia menjaga solat. Perkara itu penting bagi saya kerana solat tiang agama,” katanya lagi.

Johan turut berhasrat menyunting gadis pilihannya itu sekiranya ada jodoh di antara mereka dan tidak akan menyembunyikan berita baik itu di kalangan pihak media dan peminatnya di luar sana.

Raja Farah Menunggu Kehadiran Cahaya Mata

Raja Farah


Raja Farah Menunggu Kehadiran Cahaya Mata


Pelakon yang semakin manis berhijab, Raja Farah mengakui dia dan suaminya, Megat Bashirun Qayyum masih menantikan kehadiran cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga.

Raja Farah menjelaskan kepada portal Gua dengan berkata, “sememangnya kami berdua inginkan cahaya mata tetapi masih belum mempunyai rezeki lagi. Saya dan suami memang sedang berusaha ke arah itu. Kami ada juga pergi berjumpa doktor dan syukur tiada sebarang masalah dengan tahap kesuburan kami. Saya anggap belum ada rezeki daripada Allah S.W.T lagi. Mungkin tidak sekarang, tetapi mungkin bulan hadapan, tahun depan, InsyaAllah”.

Selepas mendirikan rumahtangga, Raja Farah seakan-akan menyepi dari dunia lakonan apabila kelibatnya tidak lagi kelihatan di kaca-kaca tv seperti dulu.

Mengulas mengenai perkara itu, Raja Farah berkata kini keutamaannya ialah kepada suami dan keluarga, selain sibuk dengan dunia perniagaan.

“Alhamdulillah, kerjaya seni saya berjalan seperti biasa cuma saya tidak begitu banyak mengambil tawaran seperti dahulu disebabkan komitmen saya kepada keluarga. Lagipun sekarang ini saya berjinak-jinak dengan dunia perniagaan yang saya rasakan sangat menarik dan memberi pulangan yang baik pada masa hadapan,” katanya lagi.

Gambar Fasha Mandikan Anaknya Dikritik

Fasha Sandha


Gambar Fasha Mandikan Anaknya Dikritik


Sekiranya sebelum ini peminat memberi pelbagai respon negatif terhadap cara pelakon jelita, Fasha Sandha berpantang, terbaru pelakon tersebut turut dikritik gara-gara memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia sedang memandikan putera kesayangannya dalam keadaan bersila.

Menerusi laman Facebook rasmi pelakon tersebut, terdapat segelintir peminat menyarankan agar Fasha memandikan anaknya dalam keadaan berdiri dan meletakkan tab mandi di paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

1

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang masih menyokong tindakan pelakon tersebut dan menyifatkan Fasha sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab kerana berani memandikan cahaya matanya sendiri dalam usia yang masih kecil.

3

 

Apa pun, kami di OHBULAN! sangat kagum dengan cara Fasha menjaga anak sulungnya ini. Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh pelakon tersebut, kita boleh lihat Fasha sememangnya seorang ibu yang penyayang dan mampu menguruskan anaknya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa.

Sumber: Ohbulan

Friday, May 24, 2013

‘Terima Perubahan Saya Secara Perlahan-Lahan’

Lisdawati


‘Terima Perubahan Saya Secara Perlahan-Lahan’


KUALA LUMPUR – Aktres Lisdawati berharap peminat tidak terlalu mengharap dia akan terus menjadi seorang muslimah yang sejati selepas mengambil keputusan untuk memakai tudung kira-kira tiga minggu lalu.

Lisdawati berkata, sebagai manusia biasa masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya dan menutup aurat adalah salah satu proses peralihan dalam hidupnya.

“Tidak bererti apabila saya sudah memakai tudung saya seorang yang baik dalam semua perkara tetapi ini adalah satu proses penghijrahan yang mempunyai perjalanan yang masih panjang.

“Terimalah perubahan yang saya lakukan ini dengan perlahan-lahan dan jangan terus menghukum saya sekiranya saya ada melakukan kesalahan kerana perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna itu bukan mudah dan masih panjang,” katanya.

Lisdawati ditemui pada majlis Amazing Red di The Weld di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Lisdawati berkata, dia sudah berhasrat untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu apabila pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah.

Bagaimanapun kata Lisdawati, hasrat itu dipendam kerana tidak mahu terburu-buru tetapi mula melakukan perubahan dengan lebih berhati-hati memilih pakaian yang lebih tertutup dan berlengan panjang.

“Saya sudah merancang untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu selepas pulang daripada mengerjakan Umrah tetapi hasrat itu dipendamkan dan tidak mahu terburu-buru melakukan perubahan.

“Bagaimanapun sejak itu saya mula berubah secara perlahan-lahan dengan memilih baju berlengan panjang selain memilih fesyen yang lebih sesuai.

“Alhamdulillah pada 1 Rejab lalu saya terus terbuka hati untuk bertudung namun saya tidak dapat berkongsi apakah sebabnya saya berbuat demikian pada tarikh berkenaan kerana ia adalah rahsia Allah,” jelasnya.

Tambah Lisda, walaupun suaminya, pelakon Fauzi Nawawi agak terkejut dengan keputusan itu namun tetap gembira dan memberi sokongan dalam perubahannya itu.

Sementara itu, Lisdawati berkata, dia akan terus berlakon seperti biasa dan bersyukur kerana dia masih mendapat tawaran daripada syarikat produksi.

“Saya tidak percaya dengan menutup aurat rezeki berlakon akan hilang kerana percaya rezeki itu ditangan Allah. Selagi kita berusaha Insya Allah ia pasti milik kita,” katanya.

Dia memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama berjudulDari Asar Ke Maghrib lakonan bersama Maimun Mutalib. – mStar Online
Related Posts with Thumbnails