Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita
Pakaian ‘Bohemian’ yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.
Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.
Kebanyakkan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.
Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.
“Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.
“Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),
“Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini” ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.
Lagi Gambar dan Ulasan.
Saat ditanya tentang pemilihan baju tersebut, Rozita berkata, sebelum itu adiknya ada memberi beberapa rekaan pakaian yang bertemakan Arabian namun dia memilih untuk mengenakan pakaian tersebut kerana ia unik dan lain dari yang lain.
“Saya pilih pakaian ini kerana nampak unik dan sesuai dengan tema pada malam tersebut dan saya tidak sangka pula perkara ini jadi kontroversi, pada malam itu (ASK) tiada pula rakan artis yang menegur tentang pakaian saya itu,” ujar Rozita yang sibuk dengan pengambaran drama 26 episod terbitan RTM berjudul Cikgu Kamisah Kerby.
Namun begitu Rozita memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.
“Ini merupakan satu pengajaran kepada saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.
“Mungkin pada pandangan saya lain dan orang pula tafsirkan lain, namun saya terima semua kritikan dengan positif,” ujar Ibu kepada dua cahaya mata ini.
5 comments:
atas tutup aurat, bawah buka aurat
apa dah jadi?
=_="
purdah ka bohemian ka...ttp tak tutup aurat !
ala,semua tu statement neraka la tu :p
jgn perlekehkan islam ROZITA
hrp muka je cntk tp x ttp AURAT apa gune......
nanti mati,,,muka cantik ke hensem ke..kena makan ulat gak makcik...
takyah la nak bangga ngan rupa paras kite nih
Post a Comment