Saturday, January 23, 2010

Halim Kembali Pikul Tugas Penjaga Gol



KOTA BHARU - Kelantan membuat kejutan apabila menyenaraikan semula penjaga gol berpengalaman Halim Napi (gambar) untuk menjaga gawang apabila meredah awal musim ini dengan langkah tidak menyakinkan.

Kemasukan Halim itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran aksi 'kurang cermat' Syed Adney ketika perlawanan menentang Kedah Selasa lalu yang menyebabkan Kelantan tewas.
Ternyata pengalaman luas Halim, 39, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dalam kancah bola Malaysia masih diperlukan dan masih sukar ditandingi.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Halim yang dipanggil semula membarisi The Red Warriors dijangka turun beraksi menentang pasukan Johor FC, Sabtu ini.

"Tugasnya sebagai jurulatih akan digantikan bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 80-an iaitu Hamid Ramli yang pernah melatih skuad Melaka, ujarnya di sini, semalam.

Annuar menambah, bagi menghadapi Johor FC, beliau telah mengarahkan Ketua Jurulatih, B. Sathianathan, untuk menurunkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

"Kelantan dijangka turun dengan formasi yang berbeza bagi mengembalikan semula moral pasukan dan penyokong setia.

"Saya melihat pertemuan ini bukanlah satu perlawanan mudah, ini kerana Johor FC adalah pasukan yang terkuat musim ini. Rekod musim lepas membuktikan bahawa kita tewas dalam kedua-dua pertemuan dalam Liga Super," jelasnya

Annuar menjelaskan, dalam pertemuan semalam, kesemua pemain telah beriikrar akan berjuang habis habisan dan dijangka akan mempamerkan persembahan lebih mantap sabtu ini.

"Indra, Farhan, Hairuddin dan S. Chanturu dijangka turun bagi mengepalai jentera serangan kelantan yang dilihat agak tumpul sebelum ini, tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberitahu, satu solat hajat akan dilakukan di Masjid Tuan Haji Musa, Bukit Marak Bachok, Jumaat ini.

Sultan Johor mangkat


JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi. Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Pelajar maut digilis bas

MASAI: Seorang pelajar tingkatan enam hancur separuh badan selepas digilis sebuah bas persiaran di Jalan Kongkong berhampiran tanah perkuburan Kristian dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Mohd Nasir Rosli, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dari pinggang ke bawah selepas digilis oleh bas persiaran tanpa penumpang itu.

Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seri Alam, Asisten Superitenden Suffian Abdullah, berkata kejadian ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 dari rumahnya di Kampung Cahaya Baru.

Menurutnya, motosikal ditunggang mangsa dikatakan gagal dikawal sebaik memotong sebuah kenderaan lain sebelum terjatuh dan masuk ke laluan bertentangan.

Monday, January 11, 2010

HALAL KE HARAM KEJE NI?

sebarkan keaiban orang tuh adalah haram..jadi sebarang perlakuan yang mengarah kepada menimbulkan keaiban orang lain apatah lagi muslim yang l;ain adalah haram.jadi,ape pendapat korang pasal kerja wartawan hiburan?either dalam paper or dalm tv
(melodi etc)..kebanyakan citer esp dalm slot terjah tuh cter nye byk yang membongkar keaiban orang.lagi2 kes penceraian artis.sampaikn orang mencemuh artis tuh..alasan dyorng menjalankan tugas..matlamat tak menghalalakan cara..btol x?sama hukumnye mcm penghidang arak..dyer x mncuri tapi mghidangkn ssuatu yang haram so kerja pnhidang arak pun haram..macam wartawan hiburan ni..xmencuri,xmrompak,xmrogol..tp dyorg macam makan daging orang lain tuh..lagi2 sampai membongkarkan kisah 'dalam kain' orang lain hingga membawa kepada keaiban..

aku perlukan pendapat ramai..
meh komen rmai2 kt sni dri duk komen byk2 kt gmba hot...
Related Posts with Thumbnails