Thursday, June 30, 2011

Atas Bangunan Ada Kapal - Kesan Tsunami ?


hehe kalau tak silap atas bagunan ada kapal ni terletak di sky park,singapore (betul ke?)


kesian tak cukup tanah

Harimau Malaya sedia hadapi Taiwan

Ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim mengeaskan beliau bersama rakan – rakan telah bersedia untuk menghadapi Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” katanya.

“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

Sementara itu, ketua pasukan Taiwan Chen Yu Lian berharap perlawanan nanti akan menjadi seperti yang diharapkan oleh mereka.

“Misi kami ke Kuala Lumpur adalah untuk membawa pulang tiga mata sebelum membuat penentuan di laman sendiri Ahad ini,” katanya.

Tuesday, June 28, 2011

Seluar Dalam 1Malaysia - WoW! Amazing Lahh!


Ayuh dapatkan sekarang seluar dalam 1malaysia...hanya di kedai 1malaysia.. ngeh3

Sunday, June 26, 2011

300 Peguam Telah Bersedia Bantu Peserta BERSIH

Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.


Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Friday, June 24, 2011

Kedai Rakyat cegah peniaga kaut untung lebih - Kedai Satu Malaysia


Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia kelmarin mendapat sokongan daripada persatuan pengguna yang rata-rata berpendapat ia dapat membantu orang ramai berjimat cermat dalam perbelanjaan harian mereka.

Menurut mereka, kewujudan kedai itu dilihat mampu menangani masalah penipuan yang dilakukan segelintir peniaga untuk mengaut untung berlebihan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

“Dengan wujudnya kedai seperti ini, pengguna mempunyai alternatif ketika membeli barangan keperluan asas pada harga lebih murah tetapi berkualiti.

“Tidak dapat dinafikan kedai berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai pelbagai implikasi positif terhadap rakyat serta ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Yusof berharap masalah kenaikan harga barang yang semakin menular dapat ditangani dengan pembukaan kedai berkenaan.

Beliau mengulas pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya kelmarin.

Monday, June 20, 2011

Pengganti Loceng Pintu


 


diaorang sangat kreatif kan.hahaha =)

Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail @ Pak Uda - Meninggal Dunia,Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda diatas pemergiannya pagi tadi... Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.... Al-Fatihah.....




Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.


Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.


Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...

Roti Buaya - Roti Paling Best

Pelik tapi benar, pengantin lelaki akan menghantar roti buaya sebagai hantaran wajib kepada pengantin perempuan mengikut adat betawi.

Bayangkan atas dulang hantaran, ada buaya macam kat bawah ni

 


Buaya Tak Jadi =.=



besor giler kan?


 



Jangan terkejut tiba-tiba atas dulang hantaran ada buaya dan kalau anda dapat roti buaya yang hangus ni agaknya pengantin lelaki bujang terlajak lah kot!

Thursday, June 16, 2011

Bapa Kepada Awie Meninggal Dunia

Al - Fatihah



Malam tadi,  dengar-dengar orang duk cakap bahawa bapa kepada penyanyi rock terkenal, Awie sedang nazak ekoran daripada kesakitan yang dialami sejak 2 tahun lepas. Pagi ini,suarapeople dikejutkan pula dengan berita bahawa bapa kepada Awie sudah kembali ke rahmatullah.

Sama-sama kita panjatkan Al-Fatihah buat arwah, takziah kepada Awie sekeluarga.

 

sumber : ohbulan

Monday, June 13, 2011

FC Barcelona - Squad of the next season


Barcelona's team for next season

Monday, June 6, 2011

Kisah Malam Pertama Aku

Malam pertama aku biasa jer…

Aku yg bukak kan perlahan-lahan, pastu gosok-gosok belek-belek yg mane patut,maklumlah nak bermanja hehe, push the right button, pastu cucuk terus main.

Takde maknenye dah nak kiss kiss dulu..tak syok la!. Aku tak tahan dah pasal lame sangat dah aku tunggu. Dekat setengah tahun jugak laaa kumpul duit…baru halal kan... tak kan lah nak curi curi plak

First main terkial-kial gak laa carik tempat mane yg harus tekan. Dalam setengah jam camtuh ok dah. Dah familiar la orang kata. First time main dekat 3 jam aku balun sampai panas giler.

Hehehehe apa2 aje Kisah Malam Pertama Aku kan....

Itu laa pengalaman malam pertama aku main

Saturday, June 4, 2011

Bapok Tak Sedar Diri !!


 


maaf la cu,teramik bikini cucu~ nek nak senaman ni..nak maintainkan badan

Friday, June 3, 2011

Bakatnya Seperti Usain Bolt

idolanya Jamaica's 100 metres world record  Usain Bolt


Wednesday, June 1, 2011

Dilarang Meniru - Elak Dari Ditiru Dan Meniru


 


kita mungkin dapat elakkan dari masalah meniru dari kalangan pelajar sekarang..so ni alternatifnya! apa lagi..suggest kt guru-guru korang! try do this! cun kan.


selamat meniru semua :)

Related Posts with Thumbnails