Thursday, March 31, 2011

Kad Jemputan Majlis Perkahwinan Peminat Fucknatik Liverpool

Kenapa suarapeople kasi FUCKNATIK? anda lahir kat liverpool ke..anda bangga dengan sokongan fucknatik anda terhadap liverpool? jika sekadar minum teh o ais lalu menontonnya di televisyen anda masih belum layak di panggil seorang yang fanatik,tapi anda ialah fucknatik!


mana semangat tanah tumpah darahku "Malaysia" ?


jom lihat gambar kad jemputan majlis perkahwinan fucknatik liverpool ini...



sampul kad jemputan BODO!


ada lagi


Wednesday, March 30, 2011

Cyber Cafe Bergerak - Moden Ke ?

cyber cafe bergerak ke ape ni? cer citer!


 



 


apa cite? dah moden sangat ke ni?sampai cyber cafe pun bergerak! hahaha

Kontraktor Terbaik Di Malaysia - Projek Infrastruktur Asas

kenapa perlu diberi gelaran kontraktor terbaik malaysia?

cuba korang lihat....

Tarikh Mula Projek 17.04.2011 Siap 17.02.2011

Sebuah projek yang paling awal disiapkn,siap dari tarikh permulaan projek.Pehh tebaiklah boleh masuk Guinness Malaysia Of Records nie...


 


alangkah bahagianye jika semua projek macam ni..whahahahaha...semakin mundur lah dia ni kan..hah

Tuesday, March 29, 2011

AF9 - Senarai 12 Pelajar Akademik Fantasia Musim Ke 9

Akademik Fantasia Musim Ke 9 Bakal bermula!!!!!!!! Dengan kemunculan AF9 ni astro telah memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru.

Gambar Pelajar Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke 9 Bersama Tenaga Pelajar


tak sabar untuk menanti akademik fantasia musim ke 9 ini yang mungkin dijanji kan dengan kelainan daripada musim musim yang lepas! sejauh mana kemampuan af9 musim ini? Mari kita lihat senarai 12 pelajar akademik fantasia musim ke 9 bersama tenaga pengajarnya


Senarai Peserta Maharaja Lawak - Siapa Juara Maharaja Lawak ?


Program pencarian pelawak terbaik, Maharaja Lawak (MRL) yang akan memulakan siaran setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) mulai 1 April ini menawarkan hadiah wang tunai RM600,000 kepada pemenang.

Hadiah itu merupakan yang tertinggi dipertaruhkan berbanding dengan program Raja Lawak Astro (RLA) yang secara keseluruhan, menawarkan hadiah berjumlah RM180,000 kepada pemenang.

Daripada jumlah RM180,000, juara menerima wang tunai RM100,000, naib johan (RM50,000) dan tempat ketiga berjumlah RM30,000 serta hadiah-hadiah iringan lain.

MRL yang akan dikemudikan oleh pelakon merangkap pengacara, AC Mizal itu menghimpunkan para peserta terdiri daripada bekas juara dan finalis program RLA dari musim pertama sehingga ke musim ke lima.

Jom kita semua tengok Senarai Peserta Maharaja Lawak yang akan mulakan siaran 1 April ni..

Kesemuanya ade 12 peserta yang bukan calang-calang hebatnya..

Monday, March 28, 2011

Saya ikhlas berubah - Lagi Gambar Irma Hasmie Bertudung


Gambar Irma hasmie bersama wardina :)


Alhamdullilah,suarapeople berdoa agar perubahan ini memberi cukup makna buat irma hasmie.


moga-moga membuat perubahan  yang istiqamah


 


suarapeople : ada pula yang mengatakan,jika ikhlas nak berubah tak perlu bising2 heboh2 ?

Monday, March 21, 2011

Bonda Tuanku Mizan Meninggal Dunia

Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin. Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Friday, March 18, 2011

Rahsia ais & air sejuk terhadap kesihatan kita

salam hari ni suarapeople nak berkonsgi tentang kesihatan..cewah..haaa ni nak bagitau rahsia ais dan air sejuk terhadap kesihatan kita


1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Thursday, March 17, 2011

Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin


Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.

Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.

Wednesday, March 16, 2011

Gambar Irma Hasmie Bertudung - Alhamdullilah

Gambar Irma Hasmie Bertudung


 

Khabarnya selepas pulang daripada umrah baru-baru ini, Irma Hasmie telah mengambil keputusan untuk bertudung. Satu penghijrahan yang sangat bagus dan pastinya sangat disokong oleh peminat-peminat Irma Hasmie.

Semoga dengan perubahan ini akan bertambah-tambah murah rezeki Irma Hasmie. Dan yang pastinya bila melihat gambar Irma Hasmie bertudung di atas, nampak sangat berseri dan makin cun pulak.lepas ni harap-harap xde lah seksi2 yea. :) anda cantik gile lah bertudung ;p

Monday, March 14, 2011

Konsert Hore Hore Aznil - Sangat Menghiburkan


 

Pengacara Aznil Nawawi, 48, membuktikan dirinya merupakan seorang penghibur nombor satu negara apabila Konsert Hore Hore yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, Sabtu, berjayamenghiburkan lebih lapan ribu pengunjung yang hadir.

Pada acara tersebut Aznil berjaya menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, AkuPenganggur dan Salam Terakhir.

Selain itu, segmen bersama penonton sangat menghiburkan apabila gelagat Aznil bersama beberapa penonton yang dijemput naik ke pentas mendapat perhatian penonton yang hadir.

Konsert berdurasi dua jam itu juga menampilkan beberapa artis undanganseperti Saiful Apek, Zahid Af2, Ana Raffali, Altimet dan Lan The Typewriter.

Saturday, March 12, 2011

A Tsunami Warning is in Effect For


 


Alhamdulillah, Malaysia tak kena! (still kena berjaga2)
Senarai penuh untuk 'tsunami jangka tiba' boleh baca disini
http://www.weather.gov/ptwc/text.php?id=pacific.2011.03.11.083004

(VIDEO)Tsunami Melanda Jepun - Pray For Japan !

Berikut adalah-adalah video-video Tsunami yang melanda Jepun selepas gempa bumi 8.9 skala ritcher berlaku. Untuk makluman, sila jauhi mana-mana pesisiran pantai di Malaysia (Sabah, Terengganu) kerana kemungkinan tsunami boleh sampai ke Malaysia.

1. Video #1 Tsunami melanda Jepun



1. Video #2 Tsunami melanda Jepun



ada sapa-sapa guna twitter?boleh hastag #prayforjapan untuk tweet mengenai tsunami ini.

(Gambar) AMARAN TSUNAMI - TSUNAMI MELANDA JEPUN - GEMPA BUMI BERUKURAN 8.8 KE 8.9 MAGNITUD

Terbaca berita Amaran Tsunami telah dikeluarkan bila JEPUN digegarkan oleh gempa bumi yang berukuran antara 8.8 ke 8.9 ritcher dan ini dilaporkan merupakan gempa bumi yang paling teruk dalam tempoh 140 tahun. Setakat ini yang suarapeople tahu ramai orang telah terbunuh dan dijangka terus meningkat. Mungkin gambar-gambar ini boleh menceritakan betapa hebatnya Tsunami Di Jepun Ini.Jauhkan Malaysia dari bencana ini..

 



 

terkenang kisah ACHEH dilanda TSUNAMI. Kali ini TSUNAMI yang dianggarkan setinggi 10 meter telah menghancurkan  rumah,kereta dan ada sesetengah bangunan  terbakar. Mungkin TSUNAMI ini akan sampai ke MALAYSIA? Sama-sama kita doakan dan berharap agar kita dilindungi dan dijauhi dari sebarang bencana sebegini.

Friday, March 11, 2011

Semakan Keputusan SPM 2010 Akan Dikeluarkan Pada 23 Mac 2011 ?


 

Salam akhirnya terjawablah sudah Tarikh Rasmi Keluar Result SPM 2010 iaitu pada 23 Mac 2011 :)

Untuk makluman semua,suarapeople baru mendapat maklumat bahawa keputusan SPM 2010 akan dikeluarkan pada 23 Mac 2011 nanti. dan bukan lah macam yang pernah suarapeople gossip kan pada entri yang lepas (tengok sini)

Maklumat ini diperolehi daripada http://www.nst.com.my.Dibawah ini suarapeople letakkan keratan akhbar mengenai maklumat semakan keputusan SPM 2010.:-
KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.

Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.

There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.

yeahh Akhirnya! kan kan kan...tak tipu dah ni.
So akhirnya

Faizal Tahir Sertai Kumpulan Hujan ?


TIDAK! Sebenarnya Faizal Tahir telah dijemput oleh TV3 untuk Rancangan Mentor 5, sebagai ‘surprise’ kepada Ayish, protege Noh Hujan. Segmen sesi latihan studio ini bakal dimuatkan dalam Jurnal Mentor 5 menjelang Konsert Pertama Kumpulan A.

Ayish bakal mendendangkan sebuah lagu Faizal Tahir. Apakah lagunya? Nantikan pada konsert Ahad ini, 13 Mac 2011. Kehadiran Faizal Tahir dilihat bersesuaian kerana beliau sempat memberi beberapa nasihat yang berguna untuk Ayish. Antaranya, Faizal telah memesan kepada Ayish tidak terlalu gusar dengan penerimaan penonton akan persembahannya. Bahkan Ayish harus menonjolkan sifatnya sendiri, terutama ketika penyampaian nyanyiannya.

Kita nantikan persembahan Ayish, Ratnah dan Shiha untuk Konsert Pertama Kumpulan A Mentor 5 hari Ahad ini jam 9 malam di TV3.

Manggis Percuma - Harga Pasaran Manggis


 

Pada suatu hari ada seorang pembeli ( Wan Akil ) yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah manggis ( Wan Afifi ).

Pembeli ( Wan Akil ) : “Bang, berapa harga manggis sekilo?”
Penjual Buah (Wan Afifi) : “RM7!”

Pembeli ( Wan Akil ) : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Penjual Buah (Wan Afifi) : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!”

Pembeli ( Wan Akil ) : “Kalau tak manis, macam mana bang?”

Thursday, March 10, 2011

Senaman! Anda Baca Anda Hebat! Marilah Membaca!

salam,hari ini bukan lah kempen hari membaca sedunia,tetapi suarapeople nak korang semua cuci otak @ xcises kan otak anda pagi-pagi ni..hohoh Anda Baca Anda Hebat ! Marilah Membaca!


 


cam ne??dapat baca kan?good job my friend!

Wednesday, March 9, 2011

Semakan Keputusan SPM 2010/2011 Online


 

Sudah tiba waktunya untuk pelajar menyemak keputusan SPM 2010 yang bakal kita tahui keputusannya tidak lama lagi. Terlalu banyak khabar angin tentang tarikh keluarnya keputusan spm 2010 ini, tetapi tidak rasmi telah ada mengatakan akan diumumkan
pada awal 10 Mac 2011 ( Esok,Khamis ) ada juga yang cakap pada 24 Mac 2011 ni..mana satu ni?budak-budak plkn cam ne?.

Mungkin kah?tapi di akhbar masih belum ada apa-apa tandanya lagi.boleh ke buat semakan keputusan spm 2010 secara online?

Jadi mari lah kita bersama-sama menunggu waktu untuk mengetahui keputusan spm 2010 dan sama-sama bergembira dengan keputusan yang cemerlang pada spm 2010 ini.

Tuesday, March 8, 2011

Kanak-Kanak 4 Tahun Disaman - Kejamnya


 


kanak-kanak 4 tahun disaman polis ketika menunggang motor permainannya :)


ni mesti kes tak pakai topi keledar nih.ish2 apa salahnya jika ibubapa terapkan betapa pentingnya topi keledar ni?nanti bila dah besar..xde la susah2 nak pesan2 kat generasi2 baru nanti


 


sweet gambarnya..tp cuba kita bayangkan jika apa yang dipapar itu betul betul berlaku?


Benjy sahkan cerai,rujuk 13 jam kemudian


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ada melafazkan talak terhadap isterinya sebelum rujuk kembali 13 jam kemudian.

Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu dan pada Isnin, Benjy dan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan untuk mengesahkan lafaz talak dan rujuk itu.

Permohonan untuk mengesahkan kedua-dua lafaz tersebut difailkan oleh Safiya, 28, pada 7 Februari lalu dan ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.

Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “I’m rujuk-ing”.

Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.

Monday, March 7, 2011

Kelayakan Olimpik - Pakistan Lawan Malaysia


Perlawanan kedua antara Pakistan dan Malaysia untuk kelayakan Olimpik akan berlangsung pada 9/3/2011 ini. Perlawanan pertama di Stadium Shah Alam 24/2 lepas Skuad kendalian Ong Kim Swee ini berjaya menewaskan pakistan 2-0, satu keputusan yang rasanya tidaklah dapat dibanggakan kerana Pakistan hanya bermain dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua. Perlawanan ini penting dalam usaha malaysia meningkatkan kembali reputasi skuad Bolasepak negara. Soalnya, mampukah Malaysia menewaskan Pakistan dalam perlawanan penting dihadapan penyokong pakistan di Lahore Rabu ini?

Bekalan 2 gol yang dibawa skuad olimpik ke Lahore mungkin sudah cukup kerana Malaysia hanya perlu seri ataupun kalah dengan margin gol kurang dari 2 gol untuk layak ke pusingan seterusnya pada kelayakan olimpik ini. Bahagian pertahanan negara perlu bekerja keras untuk menahan asakan Pakistan dan kelibat Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sememangnya amat meyakinkan dalam perlawanan sebelum ini termasuklah semasa menjulang Piala AFF Suzuki.

PRK Merlimau: Calon PAS Tak Mengundi,Yang Lain Jom Keluar Pengundi


Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.

PRK Kerdau: SPR Yakin Peratusan Keluar Mengundi Meningkat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan keluar mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan melebihi sasaran awal iaitu 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan terkini peratusan keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi iaitu sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.

"Sekarang masih awal, namun jumlah pengundi keluar mengundi sehingga kini sangat baik dan memberangsangkan.

"Dengan keadaan cuaca yang baik, saya yakin kita akan capai peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus," katanya selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, Ahad.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di DUN Kerdau ialah seramai 8,999 orang.

Thursday, March 3, 2011

Astro Batal Hasrat Lantik Ahmad Dhani Pengetua AF9


Pihak Astro dikatakan sudah membuat keputusan untuk tidak melantik penyanyi dari Indonesia, Ahmad Dhani sebagai pengetua rancangan Akademi Fantasia ke sembilan (AF9) seperti yang dihebohkan sebelum ini.

keputusan itu dibuat selepas ia mendapat bantahan ramai selain imej penyanyi itu yang dikatakan tidak bersesuaian kerana kelantangannya mengkritik agama Islam.

Terbaru, Ahmad Dhani dilaporkan mengasari dua wartawan termasuk jurukamera sebuah stesen televisyen di Jakarta.

Laporan akhbar menyebut Dhani dan lima rakannya dipercayai menghalang tugas wartawan berkenaan dengan melakukan penganiayaan serta merosakkan kamera mereka.

Saman Trafik: Tarikh Akhir Dilanjutkan Hingga 10 Mac

Entri Pendek!


 

Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkannya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi memberi lebih banyak masa kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman mereka.

Tuesday, March 1, 2011

Skandal PKFZ - Chan Kong Choy Didakwa Menipu


muka manyak ensem! tapi penipu maa


Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.

Related Posts with Thumbnails